Nama pempengaruh media sosial, Ameera Khan menjadi sebutan gara-gara penampilannya yang agak ‘daring’ ketika menghadiri sebuah acara fesyen di Milan, Itali
Menerusi video dikongsikan di Instagram, Ameera hadir ke acara tersebut bersama dengan teman lelakinya, Jefri Nichol.
Pempengaruh berusia 24 tahun itu dilihat menggayakan gaun panjang berwarna hitam namun sesetengah netizen kurang senang melihat penampilannya itu kerana bahagian dadanya yang terdedah.
View this post on Instagram
Menerusi ruangan komen, sesetengah netizen bukan sahaja terkejut melihat Ameera namun turut menegur aksi pasangan itu erat berpegangan tangan seperti sudah halal.
Namun berbeza dengan netizen Indonesia yang meminati pasangan muda itu dan memuji penampilan mereka.
Peminat berpendapat Jefri menjadi semakin bergaya selepas bersama dengan Ameera dan rata-ratanya menegur rupa paras mereka yang mirip.
Terdapat juga netizen yang berseloroh dengan Nichol untuk cepat-cepat menghalalkan hubungannya dengan Ameera.