Hadir Ke Disko Dengan Berhijab, Sharifah Sofia Dihalau Keluar

Hiburan

Hadir Ke Disko Dengan Berhijab, Sharifah Sofia Dihalau Keluar

Ingin berjumpa dengan rakan-rakannya di sebuah pusat hiburan, Sharifah Sofia yang telah berhijab sejak 1 Julai lalu telah dihalau keluar. Berjaya memasuki disko tersebut, Sharifah Sofia dipandang pelik oleh wanita-wanita yang berada di dalamnya dan akhirnya diminta keluar oleh pekerja disko yang mengenali dirinya.

sharifah sofia disko

Advertisement

Menceritakan pengalamannya kepada Mstar Online, Sharifah Sofia berkata:-

Saya fikir apa salahnya wanita bertudung seperti saya untuk masuk pusat hiburan? Semasa di dalam pusat itu, kebanyakan wanita menunjukkan reaksi pelik terhadap saya sehinggalah pekerja di situ meminta saya keluar sedangkan mereka kenal dengan saya. Masa itu saya tahu kenapa orang memandang, sebab saya pakai tudung. Tetapi saya bukannya mengambil minuman keras ataupun buat perkara yang tidak senonoh pun?

Dan setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya. Selepas kejadian itu, Sharifah Sofia merujuk dan membaca semula buku panduan agama. Akhirnya Sharifah Sofia memahami yang dia harus menjauhi tempat sebegitu untuk berhijrah dengan lebih sempurna. Sesungguhnya pengalaman sebegini pastinya memberikan pengajaran yang sangat berguna kepada Sharifah Sofia. Tak gitu?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

88 Comments

  1. SharifahSofea

    August 11, 2012 at 12:46 am

    Saya dah baca hampir semua komen anda. Saya terima secara positif. Terima kasih atas nasihat dan kritikan. :)

  2. hijabis

    August 11, 2012 at 12:41 am

    Pegi mampus lah dia nak jumpa kawan kat mana pon. Korang ni kesah apa!

  3. Azydy

    August 11, 2012 at 12:27 am

    haha..memanglah kena halau.. salah masuk tempat..orang islam kena jauhkan tempat2 macam tu.. banyakkan pergi surau atau tempat menimba ilmu.. tu baru betui… kena blaja dengan orang agama banyak lagi ni..

  4. lisa

    August 10, 2012 at 11:50 pm

    nampak leher …..hijrah la sgt…kalau dah hijrah pegi la jumpak kat tempat yang lain..sembang saja minah ni..

  5. si tembam

    August 10, 2012 at 11:19 pm

    apa kejadahnya pergi ke disco?

Loading...