Hadir Ke Disko Dengan Berhijab, Sharifah Sofia Dihalau Keluar

Hiburan

Hadir Ke Disko Dengan Berhijab, Sharifah Sofia Dihalau Keluar

Ingin berjumpa dengan rakan-rakannya di sebuah pusat hiburan, Sharifah Sofia yang telah berhijab sejak 1 Julai lalu telah dihalau keluar. Berjaya memasuki disko tersebut, Sharifah Sofia dipandang pelik oleh wanita-wanita yang berada di dalamnya dan akhirnya diminta keluar oleh pekerja disko yang mengenali dirinya.

sharifah sofia disko

Advertisement

Menceritakan pengalamannya kepada Mstar Online, Sharifah Sofia berkata:-

Saya fikir apa salahnya wanita bertudung seperti saya untuk masuk pusat hiburan? Semasa di dalam pusat itu, kebanyakan wanita menunjukkan reaksi pelik terhadap saya sehinggalah pekerja di situ meminta saya keluar sedangkan mereka kenal dengan saya. Masa itu saya tahu kenapa orang memandang, sebab saya pakai tudung. Tetapi saya bukannya mengambil minuman keras ataupun buat perkara yang tidak senonoh pun?

Dan setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya. Selepas kejadian itu, Sharifah Sofia merujuk dan membaca semula buku panduan agama. Akhirnya Sharifah Sofia memahami yang dia harus menjauhi tempat sebegitu untuk berhijrah dengan lebih sempurna. Sesungguhnya pengalaman sebegini pastinya memberikan pengajaran yang sangat berguna kepada Sharifah Sofia. Tak gitu?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

88 Comments

  1. Anonymous

    August 10, 2012 at 10:26 pm

    Tringat plak dulu,adik sy suka sgt masuk disco,sb xtau mcm mn lg nk nasihat,tiap2 dia masuk disco,sy n mak mnyusul kt dlm duduk2 minum coke,dhla kitorang pakai tudung,tp x dhalaupn,kami duk area kota kinabalu.mgkn sb malu kami dh slalu sgt ikut2 dia,last2 skg dh x masuk disco lg.

  2. JoyahJinki

    August 10, 2012 at 10:21 pm

    korang ni apsal suka jump pada conclusion yg negatif..
    kan bole tegur elok2..
    kan mmg niat dia nk jumpa mmber dia..
    knp nk persoalkan hijrah dia..
    mcm la yg ngata dia ni bagus sgt..x penah buat dosa..
    kan lepas tu dia rujuk dan baca buku panduan agama..
    dan dia tahu..
    bkn dia sengaja..
    sekurang2nya dia baca untuk tau knp salah dia masuk tmpt tu..
    please jgn judge orang cm korang ni baik sgt bole..

  3. didigaga

    August 10, 2012 at 10:00 pm

    semacam ada sebab kenapa dia ceritakan benda benda ni..mungkin ada sesuatu yang dia cuba nak terangkan secara tersirat..
    u r cool SS..

  4. hambaNya

    August 10, 2012 at 9:36 pm

    Salam, btul cakap hmm. Common sense atau tidak tahap kejahilan manusia berbeza-beza, mungkin pada kita “la, takkan tu pun tak tau” , itu belum kira perasaan serba salah mahu turutkan hati atau tidak, nak hijrah bukan perkara yang mudah, tengok kat diri sendiri pun dah boleh nilai, dia dihalau keluar disko tu satu pengajaran supaya dia sedar tak elok berada di tempat macam tu, bayangkan kesiannya orang yang masih bebas ke disko terkapai-kapai dalam kejahilan. Reflect ourselves.

  5. cik nona

    August 10, 2012 at 9:08 pm

    Org yg baru berhijrah memang selalu dalam keliru..bimbingan Dan panduan mesti Ada
    Semoga Sofia sentiasa dibawah lindunganNya..amin

    • Cik Nin

      August 10, 2012 at 9:19 pm

      Cik Nin sangat setuju dgn Cik Nona. Nak dapatkan hidayah tu sukar. Nak pertahankan hidayah itu lebih sukar.

      Move on, Sis Sharifah Sophea. We’re with you. Allah is with you. Jangan pedulikan manusia2 yang merendah2kan niat & kesilapan you. They know nothing. Allah knows best.

Loading...