Pelakon yang kini beralih arah menjadi personaliti media sosial, Fara Mendoza khabarnya telah lengkap suntikan pelali COVID-19 sebanyak dua dos.
Perkara tersebut diuar-uarkan Fara menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya, baru-baru ini.
View this post on Instagram
Menerima vaksin jenis AstraZeneca, Fara memaklumkan bahawa dia terpaksa menunggu hampir dua bulan untuk mendapatkan suntikan keduanya itu.
Berkongsi keterujaannya itu, Fara berkata dia sudah tidak sabar untuk makan di restoran ataupun ‘dine-in’ setelah tamat tempoh 14 hari nanti.
“Disebabkan dua bulan tunggu, so over sikit posing ya. Tapi kena sabar lagi 14 hari merdeka. Nak dine in” tulis Fara di bahagian kapsyen fotonya itu.
View this post on Instagram
Menjengah ke ruangan komen, peminat lebih tertumpu kepada gaya pelakon drama My Coffee Prince itu yang kelihatan seperti penyanyi Hollywood, Lady Gaga.
Ada juga yang memuji penampilan Fara seperti sedang menghadiri anugerah beprestij, Met Gala.
Terdahulu, Fara pernah dituduh anti-vaksin oleh sesetengah netizen hanya kerana dia mengamalkan wap bunga cengkih pada setiap hari.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.