Hadir Dengan Kamera 108MP, Kini Tiada Masalah Lagi Untuk Jadi Content Creator Dengan HUAWEI nova 9 SE

Branded

Hadir Dengan Kamera 108MP, Kini Tiada Masalah Lagi Untuk Jadi Content Creator Dengan HUAWEI nova 9 SE

Zaman sekarang ni ramai yang menggunakan platform media sosial untuk menunjukkan kreativiti dengan menghasilkan video-video yang menarik dan viral. 

Namun, apa yang tak best bila dah rakam video ni, kualiti video yang dirakam tidak menepati keinginan. Terus tak jadi nak upload di media sosial. 

Tak apa, kini anda tak perlu risau lagi sebab dengan ciri kamera yang lengkap daripada HUAWEI nova 9 SE ni, anda boleh menghasilkan lebih banyak content di media sosial tanpa rasa ragu-ragu.

Resolusi Kamera Bertaraf Profesional

huawei nova 9 se

Siapa yang tak inginkan telefon pintar yang dilengkapi dengan kamera bertaraf profesional betul tak? Haa, lebih mudah untuk merakam banyak video dan gambar tanpa perlu risau tentang kualiti akhir.

Kalau anda nak tahu, HUAWEI nova 9 SE ni dilengkapi dengan quad kamera yang mempunyai resolusi yang bakal buat anda jatuh cinta tau.

Kamera utama peranti ini mempunyai resolusi sebesar 108MP yang mana ia boleh menangkap gambar dengan lebih banyak butiran yang jelas walaupun semasa anda sedang berjalan. Wow!

Bukan itu saja, HUAWEI nova 9 SE ni juga dilengkapi dengan kamera Ultra-lebar sebesar 8MP, kamera makro dan kamera in-depth sebesar 2MP. Haa, lepas ni mesti lebih banyak kreativiti boleh dicurahkan dengan menggunakan quad kamera ni!

Selain itu, kamera ini juga berkemampuan untuk merakam gambar yang sangat jelas dan tajam dengan mod Resolusi Tinggi yang mana gambar anda tak akan pecah walaupun dizoom. 

Menarik lagi dengan kamera Ultra-lebar dan makro, anda boleh menangkap setiap butiran yang luar biasa tanpa perlu risau tentang kualiti pada gambar atau video yang dihasilkan. Terbaiklah!

 

Ciri ‘Dual-View’, Ciri Khas Untuk Vloggers

huawei nova 9 se

Kalau dulu nak buat video vlog, ia menjadi sukar apabila nak bertukar daripada kamera utama kepada kamera swafoto untuk merakam reaksi kita sendiri. 

Namun, dengan HUAWEI nova 9 SE ni, anda dah boleh rakam lebih banyak video sebab ia mempunyai ciri ‘Dual-View’ yang dapat memudahkan anda untuk merakam daripada kamera utama dan kamera swafoto secara serentak. Terbaiklah!

huawei nova 9 se

Dengan resolusi kamera swafoto 16MP, kini anda boleh tampak yakin untuk menunjukkan lebih banyak reaksi ketika melakukan vlogging tau. 

Menariknya, anda boleh edit video sendiri mengikut kreativiti dan menggunakan banyak template filter yang sesuai pada video, hanya menggunakan aplikasi Petal Clip. Bestnya!

Bukan itu saja, anda tak perlu risau dengan kerumitan ketika edit video di peranti ini sebab ia diperkemaskan dengan Video Search dan One-Click Video Creation tau! Fuhh, lepas ni anda dah boleh buat video vlogging tanpa sebarang masalah lagi.

 

Reka Bentuk Estetik & Trendy, Kini Hari-Hari Anda Lebih Bergaya

huawei nova 9 se black

Bukan setakat pakaian, peranti yang kita gunakan ni pun adalah antara aset penting ketika bergaya tau.

Diperkemaskan dengan reka bentuk Star Orbit Ring klasik, HUAWEI nova 9 SE ini hadir dengan modul lensa yang lebih tersusun dan menampilkan nilai estetika tersendiri. 

Peranti ini hadir dengan saiz 7.94mm serta kaca melengkung berbentuk 3D pada belakang peranti, menampakkan HUAWEI nova 9 SE ini kelihatan berkilau dan cantik.

Untuk kepuasan maksima ketika menggunakannya, peranti ini menawarkan saiz bezel Ultra-narrow yang berukuran 1.05mm pada skrin hadapan tau. Haa, memang puaslah kalau nak tengok skrin lama-lama.

 

Lebih Kepuasan Dengan Paparan FullView 

Untuk anda yang suka bermain video game atau tonton filem di telefon pintar, kini kepuasan anda akan berganda dengan HUAWEI nova 9 SE.

Dilengkapi dengan paparan skrin sebesar 6.78 inci, peranti ini dapat menampilkan visual yang menarik dengan kadar segar semula 90Hz serta kadar sentuhan halus 270Hz tau. Wow, memang smooth lah bila nak main video game atau tonton video nanti!

Bukan itu saja, dengan kehadiran skrin beresolusi tinggi 2388 x 1080, ia dapat menyokong P3 warna gamut yang akan membuatkan visual pada peranti kelihatan lebih menarik untuk ditonton. Terbaiklah!

 

Prestasi Terbaik Dengan Ciri Supercharge

Perkara yang paling kita rimas bila menggunakan telefon pintar seharian adalah bateri cepat habis dan terpaksa tunggu lama untuk mengecas. 

Kini anda dah tak perlu risau lagi sebab dengan ciri Super Charge pada HUAWEI nova 9 SE, anda hanya perlu tunggu 15 minit saja untuk bateri dicas sehingga 60% tau. Serius lah? 

Dilengkapi dengan Soc Qualcomm 6nm, peranti ni mampu mengekalkan suhu sejuk ketika bermain video game kerana ia mempunyai teknologi Graphene Heat Dissipation. Haa, lepas ni dah tiada lagi masalah telefon cepat panas apabila lama menggunakannya. 

Bukan itu saja, kini anda boleh bermain video game dengan lebih lancar sebab HUAWEI nova 9 SE ni hadir dengan Touch Turbo Gaming Experience serta kadar pensampelan sentuhan sehingga 300Hz. Memang smooth lah setiap kali anda main video game nanti.

 

Lebih Banyak Pengalaman Menarik Dengan Smart User Experience

Untuk pengetahuan, HUAWEI nova 9 SE ini hadir dengan EMUI 12 yang mana ia menawarkan pengalaman yang mudah, lancar, selamat dan boleh dipercayai untuk kegunaan kerja, belajar, hiburan atau suntingan video. Terbaiklah!

Dengan ciri Super Device, kini anda tak perlu runsing untuk mencari tetapan yang berada di dalam peranti sebab anda mempunyai akses yang pantas untuk audio playback, tetapan Wi-Fi dan Bluetooth dengan lebih mudah. 

 

Lebih Banyak Aplikasi Yang Boleh Diterokai Dengan AppGallery

huawei app gallery

HUAWEI AppGallery kini menyediakan leboh banyak aplikasi penting untuk kegunaan seharian  Terdapat pelbagai kategori aplikasi tersedia di AppGallery, termasuk permainan, perbankan, sosial, membeli-belah, pendidikan, gaya hidup dan banyak lagi. Wow!

Menariknya, untuk pengalaman menyemak imbas yang dipertingkatkan, anda boleh menggunakan Petal Search iaitu enjin carian mudah alih berkuasa AI yang menyediakan hasil carian daripada pihak ketiga yang dipercayai.

 

Kini Lebih Banyak Content Boleh Dihasilkan Dengan HUAWEI nova 9 SE

Huawei nova 9SE

Untuk anda yang berminat dengan HUAWEI nova 9 SE ni, anda boleh dapatkan peranti ini pada harga RM1,099 melalui pre-order yang sah sehingga 18 Mac ini! Jadi cepat dapatkan sekarang!

Bukan itu saja, kalau anda buat pre-order, anda akan menerima HUAWEI FreeLace serta promosi perkhidmatan Mudah Alih HUAWEI yang lain berjumlah sehingga RM560 secara percuma tau. Terbaiklah!

Tak cukup lagi, sempena pelancaran HUAWEI nova 9 SE, pihak HUAWEI nak bagi anda pek hadiah aplikasi eksklusif yang hanya boleh dituntut menerusi Member Center. 

Maklumat lanjut mengenai HUAWEI nova 9 SE, anda boleh layari laman web rasmi HUAWEI, HUAWEI Experience Store, HUAWEI Official Store Shopee dan HUAWEI Flagship Store Lazada.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...