Semalam tengah syok Abang Nara borak-borak dengan wife ketika minum petang, tiba-tiba kami berdua terbuka cerita berbulan madu di Korea. Wife Abang Nara kata dia seronok sangat dapat jalan-jalan tengok tempat baru, cuba makanan negara lain dan paling penting, dapat spend masa dengan romantik bersama Abang Nara. Wife Abang Nara paling suka pergi Nami Island, tempat shooting drama Winter Sonata.
Cuma satu je benda tak best pasal honeymoon Abang Nara kat Korea. Duit yang digunakan memang banyak gila. Tapi tak apalah kan, orang kata duit bukan segalanya. Kebahagiaan orang tersayang itu lebih penting. Tapi adakah anda akan percaya jika Abang Nara bagitau yang dengan hanya sekeping gambar romantik bersama orang tersayang seperti di atas, anda boleh memenangi percutian ke Krabi bernilai RM10,000? Kesemuanya ditanggung, anda tak perlu keluarkan satu sen pun.
Dan orang tersayang yang Abang Nara maksudkan bukan hanya pakwe atau makwe anda. Gambar dengan mak pun boleh, gambar dengan bestfriend pun boleh dan lagi best kalau gambar dengan suami atau isteri anda. Lagi mesra gambar tersebut, lagi tinggilah peluang untuk anda memenangi hadiah-hadiah di bawah.
Menarik kan? Anda cuma perlu pilih gambar termesra yang anda ada (atau boleh tangkap gambar baru) dan hantarkannya menerusi pertandingan LOVE BOX:POSE & POST di Facebook. Â Walaupun pasangan anda yang di dalam gambar tue tak ada Facebook, anda masih boleh hantar penyertaan .
Selepas isi apa yang patut, pilihlah LOVE BOX yang paling sesuai untuk anda dan pasangan anda. Abang Nara pilih yang kat bawah nie sebab warnanya yang macam pelangi.
Untuk makluman, ada 8 design LOVE BOX yang boleh anda pilih. Kesemuanya cantik-cantik dan sangat unik. LOVE BOX ini akan dijual bermula 1 Februari untuk tempoh masa yang sangat terhad. So kalau terasa nak buat koleksi, LOVE BOX ini hanya boleh dibeli di Watson. Rambang mata jugak kan untuk buat pilihan? Semuanya nampak ekslusif dan menarik sangat.
Lepas dah pilih LOVE BOX yang anda paling suka, apa lagi, uploadlah gambar yang anda rasa paling menunjukkan kemesraan antara anda dan si dia yang tersayang. Kalau nak ambik gambar pakai webcam pun boleh. Tapi janganlah buat gambar terlampau pulak. Hehehe
Kalau anda dah rasa puas hati dengan gambar pilihan, bolehlah submit. Abang Nara pilih gambar kat bawah nie. Mesra tak gambar Abang Nara dengan wife yang comel? Macam Autumn In My Heart gitu ~~
Abang Nara yakin dan pasti korang ada gambar yang lebih mesra daripada gambar Abang Nara di atas. Apa pun, lepas submit, tibalah masa untuk anda meminta pertolongan daripada rakan-rakan untuk mengundi gambar yang anda upload. Hanya 50 gambar dengan undian terbanyak akan diadili oleh para juri professional.
Abang Nara yakin dan percaya korang ada gambar yang lebih romantik daripada gambar yang Abang Nara upload. So daripada korang buat pekasam gambar tersebut, apa kata join contest yang tersangat mudah ini. Anda tak perlu beli Love Box untuk menyertai contest ini. Hanya perlu upload sahaja gambar di sini. Mana tau ada rezeki untuk pergi bercuti bersama husband/wife yang tercinta kat Krabi. Tak gitu?
.P.S: Tarikh tutup contest ini ialah pada 29 Februari 2012.