Siapa yang tidak bangga ketika di usia muda telah mampu membahagiakan ibu bapa kan?
Terbaru, tular di media sosial apabila seorang lelaki dipercayai berstatus bujang tampil membeli sebuah kereta jenis Honda Jazz buat ibunya sebagai tanda membalas jasa wanita tersebut.
Perkara itu didedahkan sendiri olehnya menerusi sebuah ciapan di laman Twitter miliknya.
Ujarnya, wanita berkenaan sudah lama mengimpikan kenderaan itu, namun tidak mampu membelinya kerana tidak lagi bekerja.
ALHAMDULLILAH , Mak selalu cakap nak sangat honda tapi mak tak mampu sebab mak tak kerja . Akhirnya dapat tunaikan impian mak selagi mak masih hidup ? . RT kalau korang ada impian yang sama , semoga dipermudahkan ? pic.twitter.com/S36N7kvx5p
— vzezul.tech ?? (@cankkqul) November 4, 2020
“Alhamdulillah, mak selalu cakap nak sangat Honda tapi mak tak mampu sebab mak tak kerja. Akhirnya dapat tunaikan impian mak selagi mak masih hidup,”
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dilihat tumpang bangga dengan pencapaian yang diperoleh pemuda terbabit. Malah mereka juga dilihat menzahirkan ucapan tahniah atas kejayaan yang dikecapi lelaki berkenaan.
Untuk rekod, perkongsian itu sehingga kini telah mencapai lebih 6400 tanda suka daripada netizen di laman berkenaan.