Pelakon, usahawan kosmetik dan juga personaliti media sosial, Syifa Melvin dilaporkan telah tampil membantu seorang gadis pekak dan bisu dengan menghadiahkannya alat pendengaran agar dapat membantu gadis tersebut mendengar dengan lebih baik.
Difahamkan gadis bernama Nabilah itu merupakan salah seorang stokis perniagaan Syifa bersama adik-beradiknya yang lain iaitu Kekasih By The Melvins.
Mengakui sudah lama menyimpan cita-cita untuk membantu orang yang memerlukan menerusi perniagaannya itu, Syifa meminta mereka di luar sana agar menganggap segala bantuan yang diberikan itu merupakan rezeki daripada Allah S.W.T. dan mereka hanyalah perantaraan semata-mata.
Dalam pada itu, Syifa sempat mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menjadi pelanggan setia yang turut menjadi penyumbang dalam menyerahkan hadiah istimewa tersebut kepada gadis itu.
View this post on Instagram
View this post on Instagram
“Terima kasih yang selalu support business kami. Terima kasih pelanggan setia hampa juga menyumbang kepada pemberian hadiah istimewa ini. Jadilah manusia yang selalu memberi manfaat walaupun diherdik dihina tetapi tiada yang lebih manis bila kita mnegetahui bahawa itu juga hadiah daripada Allah SWT, hadiah tak semestinya dibalur rapi dan cantik, ia juga diselitkan hikmah yang sangat besar..”
Syifa dilihat telah memuat naik video saat gadis itu dipakaikan alat pendengaran tersebut buat pertama kali setelah hampir 20 tahun tidak dapat mendengar dengan sempurna, menerusi akaun Instagram miliknya, baru-baru ini.