“Hadiah Terindah Adalah Nurmajdina Boleh Terima Awak” – Ucapan Hari Lahir Abang Tesla Buat Isteri Kedua Curi Perhatian

Kehidupan

“Hadiah Terindah Adalah Nurmajdina Boleh Terima Awak” – Ucapan Hari Lahir Abang Tesla Buat Isteri Kedua Curi Perhatian

Baru-baru ini, pempengaruh sensasi, Abang Tesla ada memuat naik foto di laman Instagram memaparkan dirinya bersama ketiga-tiga isteri dan kapsyen yang tertulis adalah ucapan hari lahir buat isteri kedua, Nur Syafiqah.

Kata Abang Tesla, hadiah yang paling terindah buat Syafiqah selepas menjadi isterinya adalah penerimaan isteri pertama, Nurmajdina untuk bermadu.

Advertisement

Saya tiada hadiah nak bagi tapi hadiah terindah adalah Nurmajdina boleh terima awak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khal Iltizam (@abg.tesla)

Dalam pada itu, Abang Tesla atau nama sebenar, Mohammad Khaliltizam Yusri turut mendoakan agar Syafiqah menjadi isteri yang taat pada perintah Allah SWT dan suami juga.

Tidak sekadar memuat naik foto bertiga tetapi influencer itu turut memuat naik foto berdua sahaja bersama isteri kedua dengan berlatar belakangkan Masjidil Haram.

Sekadar info, Abang Tesla membuat pengumuman mengejut bahawa dirinya sudah berkahwin untuk kali kedua pada 20 Ogos lalu dan dia telah pun mendapatkan restu isteri pertama, Nurmajdina.

8 months ago

Ramai Mula Lembut Hati Tengok Abang Tesla, Puji Hubungan Dua Isteri - "Meroyan Bini Caprice Tengok Ni"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...