“Hadiah RM110,000 & Pakej Umrah!” – Suara Dan Emosi Akan Dinilai, Rosyam Nor Anjur Pertandingan Azan

Hiburan

“Hadiah RM110,000 & Pakej Umrah!” – Suara Dan Emosi Akan Dinilai, Rosyam Nor Anjur Pertandingan Azan

Lain dari yang lain, pelakon hebat Datuk Rosyam Nor memaklumkan di laman Instagramnya menyeru orang ramai untuk sertai pertandingan azan secara atas talian menerusi program Muazin: Gegaran Sampai Ke Langit.

Melalui hantaran yang dimuat naik, pelakon tersebut memberitahu program berkenaan merupakan terbitan di bawah syarikatnya iaitu Suhan Channel.

Advertisement

Tujuan Rosyam Nor menganjurkan pertandingan tersebut kerana mahu meraikan keindahan, kesenian dan kepentingan azan yang selalunya dilaungkan sewaktu masuk waktu solat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rosyam Nor (@iamrosyam)

Difahamkan melalui maklumat yang diberi, syarat-syarat untuk memasuki pertandingan itu adalah lelaki berwarganegra Malaysia tidak kira dewasa, remaja ataupun kanak-kanak. Namun, jika seseorang itu mempunyai pengalaman dalam bidang yang berkaitan seperti bilal surau atau masjid tidak dibenarkan.

Nama pun pertandingan, sudah semestinya ada hadiah yang bakal diberikan. Hadiah buat sememangnya lumayan kerana individu tersebut akan membawa pulang wang sebanayk RM110,000 serta pakej Umrah.

Hantaran poster pertandingan azan ini mendapat sambutan daripada kalangan netizen dan rata-rata meluahkan rasa teruja untuk mencuba serta tidak mahu melepaskan peluang keemasan tersebut.

Rosyam Nor Nourul Depp
2 years ago

"Hormat Wanita? Tengok Sendirilah.." - Nourul Depp Dedah Sikap Sebenar Rosyam Nor?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...