Hadiah Istimewa Buat Pembaca BeautifulNara Terutamanya Yang Berada Di Luar Negara

Hiburan

Hadiah Istimewa Buat Pembaca BeautifulNara Terutamanya Yang Berada Di Luar Negara

Entah mengapa malam semalam Abang Nara terasa sedikit sentimental dan mula menyelongkar gambar-gambar ketika belajar di Korea dahulu. Fuh~~Banyak sungguh kenangan manis. Main salji, pergi jalan-jalan ke Nami Island dan macam-macam lagilah. Masa awal-awal tahun 2002 ketika sampai memang sedih kerana tinggal berjauhan dengan family. Namun lama kelamaan dah terbiasa sampai rasa tak nak balik.

maggi royale

Advertisement

Dalam banyak-banyak benda best ketika belajar di Korea, satu je benda yang kurang best. Makanan. Pada mulanya memang tak boleh masuk langsung tekak Abang Nara dengan makanan Korea. Iyerlah Abang Nara kalau makan selalu makan nasi campur. Tup-tup datang Korea kena makan sundubu chige, kimchi chige. Malam-malam bila lapar memang malas nak pergi kedai untuk makan. Nasib baiklah mak Abang Nara selalu menghantar MAGGI sebagai bekalan masa darurat sebegini. Hehehe.
maggi royaleMAGGI Kari nie kalau makan masa winter memang feel dia lain sikit. Abang Nara kalau masak mesti kena letak telur sebijik. Pergh!!! Makin kaw dibuatnya. Sememangnya bekalan MAGGI yang cukup adalah amat penting untuk pelajar-pelajar oversea. Selalu kalau mak Abang Nara hantar, 3/4 kotak akan dipenuhi dengan MAGGI. Time Abang Nara dulu perencah yang femes selain kari ialah Ayam, Asam Laksa dan Tomyam. Tengah tulis nie pun kecur air liur dibuatnya.
maggi royale

Sekarang ini dah makin banyak pilihan yang ada apabila MAGGI mengeluarkan MAGGI Royale. Dengar nama pun dah tahu yang ini adalah mee segera premium. Ada 2 jenis MAGGI Royale iaitu Penang Seafood Curry dan Korean Spicy Braised Beef. Abang Nara dah cuba kedua-duanya ketika menghadiri sesi masakan oleh Chef Muluk di dapur Masak-Masak MAGGI. Memang sedap. Feveret Abang Nara sudah tentu yang Korean Spicy Braised Beef.

maggi royale

Chef Muluk sedang menunjukkan skillnya

Menarik juga melihat teknik masakan Chef Muluk. Memang berbeza betul dengan diri ini. Abang Nara kalau masak tak adalah nak letak udang, daging, sayur-sayuran atau lobak. Cukup sekadar panaskan air, masukkan perencah, masukkan mee dan tunggu menggelegak. Namun itulah kelebihan MAGGI. Setiap orang ada cara yang berbeza menyediakan MAGGI kegemaran mereka. Jom tengok hasil masakan MAGGI Royale Chef Muluk. Confirm korang akan teruja!!!

maggi royale

pergh~~siap daging tue MAGGI Royale Korean Spicy Braised Beef

maggi royale

MAGGI Royale Seaafood Penang Curry nie diletakkan udang lagi, lazat!!!)

Sempat jugaklah Abang Nara korek beberapa tips daripada Chef Muluk untuk melazatkan lagi MAGGI Royale yang bakal Abang Nara masak. Tips paling penting ialah memang kena masak ikut jumlah minit yang disarankan. Ia adalah untuk memastikan mee tersebut betul-betul kembang. Memang diorang dah buat kajian dah. Contoh MAGGI Royale Korean Spicy Braised Beef kena masak selama 5 minit. Jangan terlebih jangan kurang. Heheh.

maggi royale

Amcam ada gaya chef tak? Hehehe. Abang Nara yakin ada pembaca BeautifulNara di overseas yang masih belum berpeluang mencuba MAGGI Royale ini kan? Jangan risau sebab Abang Nara nak hantarkannya kepada anda semua. Menarik tak? Terima kasih kepada MAGGI yang memberi peluang untuk Abang Nara membuat contest ini. Anda yang berada di oversea hanya perlu menghantar gambar anda (selfie pun boleh) dengan apa jua perisa MAGGI, buat ayat pujuk rayu sikit dan hantarkan kepada [email protected]. Satu kotak MAGGI Royale dengan bungkusan yang amat premium akan dihantar kepada 10 orang pemenang. Best kan?

maggi royale

Selamat mencuba diucapkan kepada anda semua. Inilah peluang anda untuk merasai sendiri keenakan MAGGI Royale. Buat yang tinggal di Malaysia, Abang Nara sarankan bersegeralah mencuba mee segera premium ini. Rasanya memang sedap dan terangkat. Sekali cuba, pasti akan terus melekat punya. Selamat menjamu selera!!! Untuk maklumat lanjut sila layari laman web MAGGI Royale.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...