Pasangan jutawan terkenal, SM Faliq Nasimuddin dan Chryseis Tan, berkongsi berita gembira apabila Chryseis kini sedang hamil cahaya mata ketiga.
Berita tersebut dikongsikan sendiri oleh Chryseis menerusi satu hantaran di Instagram, di mana beliau menghadiahkan suaminya sebuah kit ujian kehamilan sebagai kejutan hari lahir yang ke-40.
Hubs 40th dream came true!
Ruang komen dibanjiri ucapan tahniah daripada rakan selebriti dan warganet yang turut mendoakan agar ibu dan bayi dalam kandungan sentiasa sihat serta dipermudahkan urusan. Ada juga yang teruja menantikan ‘OOTD’ bergaya Chryseis bersama si comel nanti.
Untuk info, Chryseis Tan mendirikan rumah tangga dengan pewaris Naza Group, SM Faliq Nasimuddin, pada 4 Februari 2018 dalam sebuah majlis perkahwinan mewah yang berlangsung di The Chateau, Bukit Tinggi, Bentong, Pahang.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Arianna Kayla dan SM Arman Naza. Kini, pasangan ini bersedia menyambut ahli baharu dalam keluarga mereka yang glamor dan penuh inspirasi.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.