Hadiah ‘Ciput’ Untuk Pemenang, Ini Komen Dari Pelumba Basikal Negara, Josiah Ng

Trending

Hadiah ‘Ciput’ Untuk Pemenang, Ini Komen Dari Pelumba Basikal Negara, Josiah Ng

12957503_1303183773037974_1442115545159764701_o

Viral hari ini apabila beberapa gambar yang merakamkan pelumba-pelumba muda mendapat habuan kecil hingga mengundang kritikan orang ramai, pelumba Josiah Ng turut sama melontarkan komennya di laman Facebook Junior Cycling Malaysia (JCM).
Kerja yang bagus bagi acara pertama Junior Cycling Malaysia! Saya lihat banyak komen yang diberikan berikutan hadiah kecil yang diberi.”kata pelumba berbasikal negara itu memulakan komennya.

Advertisement

Saya ingin memberikan pandangan saya. Dulu, ketika saya seorang pelumba muda, saya hanya pentingkan dua perkara. Berlumba dan menang. 

“Duit datang kepada poket saya kerana saya mampu berlumba dalam banyak pertandingan dan itu yang membuatkan saya seorang juara sekarang.

“Saya telah hidup senang kerana berbasikal sepanjang karier saya lebih 15 tahun. Jangan fokus kepada duit. “, kata beliau.

Josiah juga berkata program-program seperti JCM ini lah yang akan menjadikan peserta ini sebagai seorang juara satu hari nanti.

Apabila anda menjadi juara nanti, duit akan datang!”.

“Fokus, berlatih dengan keras dan menang“, kata Josiah.

Komen dari Josiah Ng itu juga telah di retweet oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menerusi satu keratan gambar di Twitter.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...