Viral hari ini apabila beberapa gambar yang merakamkan pelumba-pelumba muda mendapat habuan kecil hingga mengundang kritikan orang ramai, pelumba Josiah Ng turut sama melontarkan komennya di laman Facebook Junior Cycling Malaysia (JCM).
“Kerja yang bagus bagi acara pertama Junior Cycling Malaysia! Saya lihat banyak komen yang diberikan berikutan hadiah kecil yang diberi.”kata pelumba berbasikal negara itu memulakan komennya.
“Saya ingin memberikan pandangan saya. Dulu, ketika saya seorang pelumba muda, saya hanya pentingkan dua perkara. Berlumba dan menang.
“Duit datang kepada poket saya kerana saya mampu berlumba dalam banyak pertandingan dan itu yang membuatkan saya seorang juara sekarang.
“Saya telah hidup senang kerana berbasikal sepanjang karier saya lebih 15 tahun. Jangan fokus kepada duit. “, kata beliau.
Josiah juga berkata program-program seperti JCM ini lah yang akan menjadikan peserta ini sebagai seorang juara satu hari nanti.
“Apabila anda menjadi juara nanti, duit akan datang!”.
“Fokus, berlatih dengan keras dan menang“, kata Josiah.
Komen dari Josiah Ng itu juga telah di retweet oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menerusi satu keratan gambar di Twitter.