Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Hadapi Sahaja Kecaman Netizen, Jangan Buat Orang Lain Terpalit – Rita Rudaini Tuju Pada Izreen Azminda?

Apa perasaan anda jika kita disalahkan atas perkara yang kita tidak lakukan dan menerima pelbagai hinaan daripada masyarakat? Geram, marah semua ada bukan? Itulah yang dirasakan oleh pelakon Rita Rudaini yang sudah rimas dan bengang apabila turut menjadi mangsa kecaman netizen gara-gara kontroversi rumah tangga Izreen Azminda.

Advertisement

Rita menegaskan beliau sama sekali tidak mempunyai sebarang kaitan dengan masalah pasangan itu dan berharap masyarakat berhenti mengecam dan menunding jari kepada dirinya.

Memang kami berkawan, namun tidaklah sampai hal peribadi pun saya hendak masuk campur. Apabila kita sudah memberikan nasihat, yang selebihnya terpulang pada individu itu sendiri.

Saya sendiri pernah berdepan dengan kecaman daripada netizen, jadi hadapilah (kesan daripada) tindak-tanduk kita sendiri. Janganlah buat orang yang tiada kena mengena terpalit sama pula. Pada mulanya saya boleh berdiam diri apabila dikecam, namun lama-kelamaan ia semakin menjadi-jadi pula. Saya berharap, mereka di luar sana janganlah menghakimi tanpa usul periksa.

Kesabaran Rita tidak dapat dibendung lagi dan merasa terkilan kerana memberikan kesan buruk terhadap anak-anaknya juga. Rita tidak akan berdiam diri sekiranya sesuatu isu itu sudah melibatkan keluarganya.

Sumber Berita : BH ONLINE

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

35 Comments

  1. ude&jande

    March 8, 2018 at 8:08 am

    kalo kena ngan diri sendiri agak2 caner…ceciter..
    satu dunia ko meroyan ahahahaa

  2. Anonymous

    March 8, 2018 at 1:23 am

    alaa kecam la mcm mn pun. bokiot la mcm mn pun. nnt lama lama la senyap la kes dorang ni.. tgk tgk nnt jd mcm si memet ngan ebby.dl bkn main si ebby tk bekenan dgn si memey ni. last skang dh berbaik laga laga pipi bagai.cuti sana sini together..#watever

    • Anonymous

      March 9, 2018 at 8:56 am

      dah byk contoh…mula musuh then baik. Itu buktinya hati kita ni milik Allah. Anytime boleh berubah. Hari ni Allah bagi ujian pada Intan, Ude n Izreen… ours ntah bila. Tak perlu netizens ni berlagak malaikat tak pernah diuji. Let them be. Yang kita tahu, apa yang diberitahu. Padahal banyak lagi cerita tersembunyi yang kita tak tahu. Cuma nak bagitau, tak perlu netizens ni emo tak menentu. Patutla ramai rakyat Malaysia ni depression. Kena buat study agaknya tahap kemurungan pakcik makcik bawang netizens.

  3. Anonymous

    March 7, 2018 at 11:01 pm

    Perkhawinan yg tersilap

  4. Alanice

    March 7, 2018 at 10:35 pm

    Agaknye xde laki len nk jering ni tu yg sapu je jnji ade

  5. kreuk

    March 7, 2018 at 7:17 pm

    Alah, ko pun nyaris2 je dgn aqasha hari tu, diam saja sudah lah. org dah nk lupa jadi tak lupa, mangkuk btui RR ni

Loading...
To Top