March 7th, 2018

Apa perasaan anda jika kita disalahkan atas perkara yang kita tidak lakukan dan menerima pelbagai hinaan daripada masyarakat? Geram, marah semua ada bukan? Itulah yang dirasakan oleh pelakon Rita Rudaini yang sudah rimas dan bengang apabila turut menjadi mangsa kecaman netizen gara-gara kontroversi rumah tangga Izreen Azminda.

Rita menegaskan beliau sama sekali tidak mempunyai sebarang kaitan dengan masalah pasangan itu dan berharap masyarakat berhenti mengecam dan menunding jari kepada dirinya.

Memang kami berkawan, namun tidaklah sampai hal peribadi pun saya hendak masuk campur. Apabila kita sudah memberikan nasihat, yang selebihnya terpulang pada individu itu sendiri.

Saya sendiri pernah berdepan dengan kecaman daripada netizen, jadi hadapilah (kesan daripada) tindak-tanduk kita sendiri. Janganlah buat orang yang tiada kena mengena terpalit sama pula. Pada mulanya saya boleh berdiam diri apabila dikecam, namun lama-kelamaan ia semakin menjadi-jadi pula. Saya berharap, mereka di luar sana janganlah menghakimi tanpa usul periksa.

Kesabaran Rita tidak dapat dibendung lagi dan merasa terkilan kerana memberikan kesan buruk terhadap anak-anaknya juga. Rita tidak akan berdiam diri sekiranya sesuatu isu itu sudah melibatkan keluarganya.

Sumber Berita : BH ONLINE


35 responses to “Hadapi Sahaja Kecaman Netizen, Jangan Buat Orang Lain Terpalit – Rita Rudaini Tuju Pada Izreen Azminda?”

  1. Anonymous says:

    Nak cari kesempatan.lah dia nak simpati supaya popular…. awak dengan aqasah hampir2 jadi macam ude dan izren juga kan..

  2. siakap says:

    ya betul tu ema.sokong u..aminn

  3. ema says:

    wallahualam. kita orang luar tak tau apa yang jadi. cuma judge dari statement2 ude, izreen dan intan. kadang2 kita rasa kita isteri yang sempurna tapi tak di mata pasangan. macam mana kita usaha jadi yang terbaik, kalau rezeki dia bukan dengan kita, tawakal. advantage nya intan ialah dia isteri pertama (: percaya kifarah allah itu pasti. semoga semua dapat diselesaikan dengan cara yang baik.

  4. Kak Mah Kebabom says:

    Jgn benci..jgn caci..jgn keji…kita boikot je diam2..

  5. Anonymous says:

    dulu bkn main nasihat.

Loading...