Hadapi Dugaan Dengan Tenang, Gelagat Syahmi Sazli Mengadap Banjir Di Rumah Curi Tumpuan

Hiburan

Hadapi Dugaan Dengan Tenang, Gelagat Syahmi Sazli Mengadap Banjir Di Rumah Curi Tumpuan

Pengarah filem Mael Totey, Syahmi Sazli baru-baru ini mencuri tumpuan netizen apabila kelihatan ‘tenang’ menghadapi dugaan banjir di rumahnya yang bertempat di Kelantan.

Mungkin sudah terbiasa apabila tiba hujung tahun pastinya perkara seperti itu akan berlaku, Syahmi memuat naik foto memaparkan dirinya menghirup teh sambil menenggelamkan kakinya dalam air banjir di hadapan rumahnya.

Advertisement

Dengan kapsyen ringkas, Syahmi berjaya mencuit hati netizen dengan kelakuan bersahajanya itu.

View this post on Instagram

A post shared by Mael Totey (@syahmisazli)

“Musim sudah tiba. Musim banjir a.k.a musim mengawan,”

Meninjau ruangan komen, peminat dan juga rakan artis turut terhibur malah ada yang serba salah sama ada nak bersimpati atau berasa lucu dengan entri foto berkenaan.

Dia dalam pada itu turut memuat naik beberapa buah video Instagram Story yang menunjukkan keadaan terkini rumahnya yang dilanda banjir dan ditenggelami air. Sempat juga dia dan isteri terjumpa ketam kecil dan udang dalam air bah itu.

Apa-apa pun semoga dipermudahkan urusan Syahmi dan mereka di luar sana  yang terjejas akibat bencana banjir yang sering saja berlaku pada setiap hujung tahun.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...