February 16th, 2020

Rata-rata lelaki dekat Malaysia ini, kalau dah ‘ketagih’ main permainan video memang tak akan ingatlah pasal perkara lain. Kalau boleh mandi, makan, tidur pun mesti nak berkepit dengan konsol!

Sama juga dengan pelawak terkenal iaitu Johan yang dikenali sebagai antara gamer kuat dalam kalangan selebriti tempatan. Kalau anda perasan, lelaki itu juga rajin berkongsi penstriman secara langsung permainannya menerusi laman Facebook.

ozlynn dan johan

Main main juga, tapi kalau dah sampai melekat depan komputer, isteri mana yang tak marah kan? Seorang individu di Twitter telah memuat naik sedutan video pendek di mana Johan telah dimarahi isteri kesayangan kerana terlalu leka bermain permainan bola FIFA.

Memang kelakar habislah melihatkan pelawak itu yang terkemut-kemut dibebel oleh Ozlynn. Rupanya si isteri dah lama pesan suruh berhenti main tapi Johan buat tak reti sahaja, memang diamukkanlah!

Bait-bait bebelan Ozlynn boleh tahan pecah perut juga!

Kau sibuk main FIFA main FIFA, yang aku siapa nak main?!

Meskipun ramai netizen yang nyata terhibur dengan gelagat suami isteri ini, ada pula ‘acik bawang’ yang busuk hati dan tuduh bahawa Ozlynn kurang ajar dengan suami.

ozlynn dan johan

Siap ada yang cakap Ozlynn dan Johan hanya ‘berdrama’ sebab nak naikkan jumlah tontonan siaran langsung tersebut. Pulak dah?

ozlynn dan johan

Adatlah dalam perkahwinan ada gaduh dan bermasam muka kan? Tapi jangan risau sebabnya pasangan romantik itu berbaik juga pada akhir penstriman tersebut.

Okay sahaja pasangan ini, tapi yang pastinya kedua-dua Ozlynn dan Johan berjaya beri bahan hiburan untuk netizen. Para suami yang ketagih main game, boleh lah bawa muhasabah diri lepas tengok amukan Ozlynn ini.

Sumber: Twitter

4 responses to ““Hadap Game Macam Nak Mati Esok!”- Ozlynn Diselar Biadab Bebel Johan Ketika ‘Live’ Gaming”

  1. acik bawang says:

    biasa aku (isteri) yg kaki game. kalau cuti 4 jam aku bantai main game….kalau hari kerja tu tgk2 gk kalau free lyn sejam. tp kalau laki aku suruh stop tu ada la aku ckp nk habiskan game dlu. yg lyn game online phm la kalau dh start kau tak boleh suka2 stop. tp laki aku tak ada la sampai naik suara terpekik2. bkn laki aku penakut atau aku manja. tp laki aku tak suka naik suara tak tentu hala, so aku pun belajar tak naik suara dgn suami aku. so pandai2 la tolak ansur and belajar hormat pasangan. kami laki bini pun tak suka naik suara, tengking2, maki hamun, mengejek depan anak2 apatah lg depan famili lain. esok anak2 belajar buat benda yg sama sebab dia rase benda tu normal. so marah ke benci ke….perangai tu jgn setan sgt especially depan org, bab kata laki aku nk mrh dlm bilik atau tmpt tak ada org. senang nk pujuk.

  2. Anonymous says:

    btul tu..siapa tak panas ckp sekejab dia punya sekejab kita boleh tdo bangun tak abis lagi…tapi tak boleh marah direct silap kena “sepak” mcm dia sepak goal hahaha lepaskan kan geram kak anak bujang yg layan ayah dia..berFIFA..!

  3. Anonymous says:

    Xkisah la drama ke real..tp aku yakin ozlyn dah sound awl2 srh bentu,tp johan tetap gak nak hbs kan game..
    Ni bkn soal kurang ajr, tp biasanya benda ni dah ckp baik2..sama mcm kita ckp dgn ank,tp dia buat bodoh je..so mmg kena sound la kan..
    Ambik je iktibar dr drma pendek tersebut..jgn la over sgt main game

  4. mimi says:

    me would do the same thing. Sebab lelaki ni I rasa lagi you lembut lagi dia naik perangai. Nak jaga lelaki elok elok, kena jaga cam budak2 kot.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini