Had Laju Jalan Raya Akan Diturunkan Bermula 1 February Ini

Trending

Had Laju Jalan Raya Akan Diturunkan Bermula 1 February Ini

Had-Laju-110kmj

Kementerian Kerja Raya (KKR) bakal mewartakan penurunan had laju bagi Jalan Persekutuan daripada 90 km/j kepada 80 km/j sempena sambutan Tahun Baru Cina.

Bagi jalan negeri pula KKR mewartakan penurunan had laju dari 80 km/j kepada 70 km/j.

Advertisement

Arahan ini akan dikuatkasakan bermula dari 1 hingga 16 Februari ini.

Menurut Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kapwari, PDRM dan JPJ akan melancarkan Ops Selamat ke-8 serta Ops Bersepadu dalam tempoh yang sama.

Antara aktiviti utama penguatkuasaan JPJ pada kali ini adalah pemeriksaan ujian air kencing terhadap pemandu bas bersama dengan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) yang akan dijalankan di 30 terminal bas di seluruh negara.

Skop Ops Bersepadu ini juga membabitkan operasi penyamaran sebagai penumpang bas dan pemeriksaan bas di depot dan terminal,” katanya sebagaimana lapor BH Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...