Instagram Block Promosi Produk Berat Badan Dan Kosmetik Tak Sah Kepada Pengguna Bawah Umur

Teknologi

Instagram Block Promosi Produk Berat Badan Dan Kosmetik Tak Sah Kepada Pengguna Bawah Umur

Sering kali kita semua melihat selebriti terkenal sering membuat promosi produk kecantikan ataupun kosmetik di laman Instagram mereka kepada orang ramai.

Ini kerana medium utama untuk mempromosikan produk pada zaman sekarang adalah melalui media sosial. Tetapi, selebriti atas talian ini menggunakan media sosial untuk mempromosikan produk diet dan juga pembedahan kosmetik tanpa ada pemantauan.

Dimana, pengguna bawah umur mungkin mudah terpedaya dengan iklan tersebut dan membuatkan mereka kurang keyakinan diri pada usia tersebut.

Advertisement

Kini, Instagram telah membuat polisi baru iaitu mereka akan membuang promosi produk yang berkaitan dengan penurunan berat badan ataupun penjualan kosmetik tak sah.

penjualan produk kurus
Polisi ini akan menjejaskan para penjual produk bukan sahaja di Instagram malahan di Facebook mereka juga. Dimana para pengguna Instagram di bawah umur 18 tahun adalah sama sekali dilarang untuk melihat post tersebut.

Ini kerana mereka mempromosikan produk penurunan berat badan dan juga kosmetik.

Perubahan ini dilakukan selepas menerima desakan dari persatuan pengguna yang merasakan pengiklanan seperti ini tidak seharusnya diakses oleh pengguna yang masih belum dewasa.

Pada masa terdekat ini, Instagram akan mengenalkan satu fungsi baru yang membolehkan pengguna membuat laporan tentang pengiklanan produk yang melanggar polisi baru Instagram.

Tindakan yang dibuat oleh Instagram adalah sangat bagus untuk Malaysia kerana terlalu banyak produk berkaitan dengan penurunan berat badan dan juga kosmetik yang dipromosikan di Instagram oleh selebriti terkenal dapatlah dipantau kerana ianya semakin berleluasa.

Minggu ini sahaja, terdapat kempen yang menggesa selebriti supaya berhenti mempromosikan rokok elektronik di media sosial yang boleh mempengaruhi pengguna bawah umur.
null

Agak-agaknya apakah reaksi para penjual produk ini yang giat mempromosikan produk mereka di media sosial?

 

Sumber: BuzzFeedNews

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...