Habis RM300 Ribu Dikikis, Ibu Tunggal Dipukul & Diugut Bekas Teman Lelaki – “Dia Janji Nak Kahwin Dengan Saya..”

Kehidupan

Habis RM300 Ribu Dikikis, Ibu Tunggal Dipukul & Diugut Bekas Teman Lelaki – “Dia Janji Nak Kahwin Dengan Saya..”

Seorang ahli perniagaan wanita bergelar Datuk tampil membuat laporan polis mendakwa dia telah menjadi mangsa pukul selain turut diugut oleh bekas teman lelakinya kerana tidak memberikan wang.

Menurut laporan, mangsa, Jihan juga mendakwa telah kerugian lebih RM300,000 akibat diperdaya oleh lelaki itu yang bekerja sebagai penjawat awam di sebuah agensi penguat kuasa di Langkawi.

Advertisement

Cerita ibu tunggal berusia 39 tahun itu, dia mula berkenalan pada tahun 2020 di media sosial dan pada mulanya lelaki tersebut tidak menunjukkan belangnya dan mempunyai sifat romantis serta penyayang malah turut berjanji akan berkahwin dengan Jihan.

Dia beritahu saya yang dia dalam proses untuk berpisah dengan isterinya walaupun sudah mempunyai seorang anak namun semuanya tipu belaka.

dipukul bekas kekasih lepas kikis duit

Disebabkan dia berjanji untuk berkahwin dengan saya, apa saja yang dia mahu saya tunaikan sehinggalah saya sanggup membelikan sebuah kereta mewah jenis BMW, sebuah motosikal, jam tangan berjenama bernilai RM6,000, cermin mata bernilai RM2,000 selain wang yang dimasukkan ke dalam akaun bank miliknya setiap bulan.

Tambah Jihan, sejak itu dia juga mula mengikut segala kehendak lelaki berkenaan dengan memberikan apa sahaja yang dimahukan termasuklah wang.

Mereka sering bertemu di Langkawi memandangkan bekas kekasihnya itu bertugas di sana dan Jihan berkata dia turut membelikan jet ski untuk lelaki tersebut menjalankan perniagaan di pusat percutian itu.

dipukul bekas kekasih lepas kikis duit

 

Mula tunjuk sikap panas baran

Bagaimanapun, sejak tahun lalu Jihan tidak memberikan wang kepadanya dan lelaki tersebut mula menunjukkan sikap panas barannya malah turut mengasari sehingga dia perlu mendapatkan rawatan di klinik.

Saya pernah dimaki hamun oleh lelaki berkenaan malah pada 10 Oktober 2023 pada jam 3.13 petang dia turut mencekik saya sehingga meninggalkan kesan merah, lebam di bahagian mata akibat ditumbuk serta dihantuk kepala.

Bukan itu saja malah bekas kekasihnya turut mengugut dengan pelbagai ugutan termasuklah mahu mengaibkan Jihan kepada keluarga jika dia tidak menurut kehendaknya serta pernah juga mengacu pisau ketika mereka bertengkar tahun lalu.

dipukul bekas kekasih lepas kikis duit

Keadaan itu membuatkan Jihan trauma dan terpaksa menyekat nombor telefon lelaki berkenaan bagi mengelakkan terus menerima ugutan.

Disebabkan tidak tahan selain risaukan keselamatan diri, saya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi Rabu lalu untuk memaklumkan kejadian yang menimpa saya.

Kata Jihan, dia menyerahkan semuanya kepada pihak polis untuk mengambil tindakan lanjut terhadap bekas kekasihnya selepas apa yang telah berlaku.

Menurutnya lagi, dia kini terpaksa menghadiri kaunseling melalui rakannya selain turut bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang kerana trauma dengan apa yang berlaku.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

5 months ago

Dicekik, Dipukul & Ditumbuk! Gadis Kongsi Pengalaman ‘Hubungan Narsistik’ Dengan Teman Lelaki, Teruk Didera Berkali-Kali

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...