Written by Bella | May 10th, 2018

Seperti yang anda semua tahu, tahun ini selebriti kontroversi Azwan Ali ataupun Diva AA turut bertanding dalam PRU 14 sebagai calon bebas bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa semata-mata ingin cuba menewaskan abangnya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Walaubagaimanapun, Diva AA tewas dan hanya meraih 90 undian sahaja. Namun, sikap profesional beliau harus dipuji.

Tidak terkejut dengan kekalahannya itu , Diva AA yang sudah berhabis puluhan ribu ringgit untuk berkempen mengakui bukan mudah untuk menawan hati pengundi dan menerima kehendak rakyat yang sudah membuat pilihan mereka.

Lebih afdal saya tidur saja. SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) menghubungi saya minta datang ke tempat pengiraan undi tetapi saya beritahu takkan hadir kerana saya seorang saja dan tiada jentera penyokong. Saya bukan orang politik dan siapapun yang menang terpaksalah terima kerana itu kehendak rakyat.

Saya tahu jika kalah akan hilang wang pertaruhan dan saya sudah niat sedekahkan kepada SPR. Tetapi perjuangan saya menentang Azmin (Datuk Seri Mohamed Azmin Ali) tetap menjadi satu sejarah dan pengalaman yang cukup menarik serta pencapaian yang membanggakan saya.

Sejak awal saya tahu, saya adalah calon yang menang sorak tetapi orang melihat keunikan saya. Kalau saya nak bertanding, saya buat dan tidak ‘propa’ sehingga sanggup menggunakan wang sendiri tanpa adanya penaja walau difitnah pihak Azmin kononnya saya dapat dana daripada kerajaan.

Menggunakan wang hasil titik peluhnya sendiri sepanjang terlibat dalam dunia seni, Diva AA berkata kehilangan wang pertaruhan tidak perlu dijadikan isu. Beliau juga sudah tidak mahu membicarakan soal PRU 14 lagi.

Sumber Berita : BH ONLINE

24 responses to Habis Puluhan Ribu Ringgit Untuk Kempen Dan Hanya Raih 90 Undian, Ini Respon Profesional Azwan Ali

  1. Malaysia Baru says:

    You are amazing!

    11

    0
  2. hahaha says:

    funny dah tao org benci diri ko nak jugak berkempen atleast fun fun

    6

    2
  3. Kiokk says:

    Udah udah la tu azwan ali korang gadoh adik beradik. Berdamai la sebab tak de yg menang/kalah kalau korang bergadoh. Memaafkan dan move on bukan berdendam. Peace.

    18

    0
  4. ?? says:

    Tun M dah angkat sumpah ke blom??
    proud to Tun M.

    4

    3
  5. ramsey says:

    kentot la ko dgn rendang2 ko tu

    1

    2
  6. Tk says:

    90 undi is good for a start. You have 5 years. Go for it bro!!!

    18

    0
  7. Anonymous says:

    Diva AA ni aku xkisah..yang aku kisah org sebelah dia yg pakai kot tu.pelik plak tgk

    9

    0
  8. Betulkan Negara Malaysia says:

    Dia nie jadi pengerusi SPR je laaaa .. Nengok betapa tegas dia kritik apa yang salah pada peti undi semalam , Betapa peka dia tau mana yang something wrong !

    26

    0
  9. azwansotonggeli says:

    kahkahkah..semua 89 votes tu mesti dari sotong2 situ kan..kahkahkah
    sotong muka tak siap..diri sendiri pun kau tak kenal, jantina sendiri pun kau ubah..emak sendiri meninggal pun kau buat tak reti..ada hati nak jadi wakil rakyat..pi berambos la bahlol!

    3

    6
    • hater says:

      tula.. pastu ada hati tweet ‘i love u abang.’ kalo sebelum ni, kemain kutuk adik beradik termasuk mak dia. skrg ni kata tu semua lakonan bagai..mmg dasar talam 14 muka la mamat ni. sape follow ig dia selalu la dgr dia meroyan sebelum ni. bahaya orang mcm ni.

      1

      1
  10. Anonymous says:

    X baik bergaduh adik beradik..satukan dulu hati adik beradik..

    5

    0
  11. lebih baik azwan ali dari si azmin hipokrit tu

    3

    12
    • Panca delima says:

      Ha ah. Pergi tengok macam mana arwah mak dia cerita pasal azmin ali dekat youtube. Azmin ali hipokrit!

      5

      7
  12. Anonymous says:

    Diva AA boleh jadi speaker dewan rakyat. Sapa pandai2 merepek biadap sekejap je dia bagi label penghuni neraka jahanam level paling bawah. Why bother? Why bother?

    Hehehe.

    14

    0
  13. Kedondong says:

    Dia ni ok… acah2 x ok. Dia pun tahu dia takan menang….saja menceriakan suasana pilihan raya yg tegang kali ini….persoalannya Agong lambatkan angkat sumpah tun kenapa? Takan komplot dengan najib mcm spr?

    5

    0
  14. Gorges says:

    Jangan buat andaian bahawa yg undi Diva AA tu semua nya sotong. Aku pasti ada non sotong yang percaya AA can do it . Go AA go. 60 bulan tu tak lama …..

    7

    1
  15. Anis says:

    Tahniah..Azwan Ali..membuktikan keupayaan diri untuk bersuara..anda juga seorang yg berpendidikan tinggi..anda pun ada kebolehan memimpin jika diketengahkan. Bangga dengan semangat mu..lebih baik dari org2 yg tahu melalak ja di media sosial..

    2

    1
  16. Tk says:

    AA dan Pk Nil being famous celebrities, i belueve both can beri nasihat dan kata kata semangat kepada pelajar sekolah tentang keburukan melepak dan bahaya salah guna dadah.

    Mereka juga boleh involve dg aktiviti berguna bersama anak muda yang merupakan golongan pelapis kita.

    masalah ponteng sekolah,, masalah salah guna dadah dan masalah mat rempit, mat terbang amat membimbangkan dan perlu di beri perhatian lebih serius dengan segera demi masa depan bangsa dan negara tercinta. You both can do it. By doing so you can win the hearr and mind of rakyat Two good politicians in the making. Insya Allah

    2

    0
    • Pikio pikio says:

      Motivation speaker atau senator?

      0

      0
    • pondankepalahotakkau says:

      azwan sotong promote diri sendiri la ni..kau sapa nak jadi moderator? jadi speaker? KAU JANTAN GAY GEMOK MCM ROSMAH MANSOR BAPOK SIAL..pi menangis kat lorong sana..jual pun tak laku..

      2

      0
  17. Pikio pikio says:

    Teringat seorang retis. Dia kata Masa belasan tahun dia tak suka lelaki lembut. Sudah nya dia jadi lembut. So kita ni Janganla hina orang sembarangan. Jaga mulut tu. Kalau kita tak terima balasan dari Allah SWT. Dont let our anak cucu cicit suffer for our wrongdoing

    0

    0

Leave a Comment

Optional