“Habis Pinjam Duit Mak Bapak..”- Kena ‘Scam’ Kerja Sambilan Di Facebook, Individu Ini Rugi RM16K

Kehidupan

“Habis Pinjam Duit Mak Bapak..”- Kena ‘Scam’ Kerja Sambilan Di Facebook, Individu Ini Rugi RM16K

Seorang pengguna Twitter dikenali sebagai @aboiii98 baru-baru ini meluahkan rasa kecewa setelah ditipu oleh sindiket ‘scam’ jawatan ketika mencari ‘side income’ bertujuan untuk mencari pendapatan sampingan.

Dalam untaian Tweet tersebut, Aboi difahamkan telah membuat laporan polis setelah dirinya ditipu malah duit simpanannya juga ‘lesap’ sebanyak RM16,000.

Advertisement

Aboi atau nama sebenarnya Muhammad Afiq Aidil yang berusia 24 tahun itu ditipu di Facebook di mana sindiket itu menawarkan pekerjaan mudah di mana seseorang itu perlu membeli beberapa produk di Shopee menggunakan wang sendiri.

Setiap pembelian akan diberikan keuntungan sekitar 10% dan wang modal turut akan dikembalikan. Malah, setiap ‘pembelian’ yang harus dibuat semakin meningkat harganya di mana para ‘rekruit’ ini terpaksa mengeluarkan duit yang banyak untuk mendapatkan pulangan yang dijanjikan.

Komen Twitter

Pada awalnya, Afiq mendapat keuntungan 10% yang dijanjikan namun semuanya bertukar mimpi ngeri apabila ianya dikatakan telah ‘melebihi’ masa ditetapkan dan berlaku kesilapan.

Setelah itu, ‘majikan’ telah memintanya untuk membayar denda kerana ‘terlewat’ melakukan tugasan yang ditetapkan namun tiba-tiba sahaja sistem menjadi ‘down’.

Sehingga ke saat ini, ‘majikan’ Aboi tidak memulangkan kembali wang miliknya seperti yang diberitahu sebelum ini.

Menjengah ke ruangan komen, ramai sebenarnya berkongsi perihal yang sama malah ada juga yang telah ditipu dengan modus operandi yang sama seperti yang dialami Aboi.

Pesan netizen lagi, jika seseorang atau agensi itu menawarkan pekerjaan yang memerlukan anda ‘bank-in’ duit anda terlebih dahulu, ianya ternyata hanyalah ‘scam’ dan penipuan semata-mata.

Komen twitterSumber : Twitter  

Baru-baru ini juga platform beli belah terkenal atas talian iaitu Shopee ada mengeluarkan kenyataan di mana pihak mereka tidak pernah melantik pihak ketiga dalam menawarkan sebarang pekerjaan dan tidak sesekali akan meminta duit pelanggan.

Berhati-hati ya semua!

Gimnasium
3 years ago

"Lebih Privasi Dan Selesa.." - Wanita Dakwa Mereka Sering Diperhatikan, Pembukaan Gym 'Ladies Only' Undang Perdebatan Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...