Habis Licin Duit KWSP Lebih RM600,000 Ditipu ‘Scammer’ Pelaburan Di Media Sosial

Kehidupan

Habis Licin Duit KWSP Lebih RM600,000 Ditipu ‘Scammer’ Pelaburan Di Media Sosial

Dalam satu kejadian yang berlaku di Negeri Sembilan, seorang lelaki warga emas dilaporkan kerugian sebanyak RM666,546 selepas dipercayai terpedaya dengan sindiket pelaburan tidak wujud di media sosial.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, mangsa berusia 61 tahun itu bekerja sebagai ejen insurans dan telah tampil membuat laporan di Balai Polis Bahau selepas menyedari dirinya tertipu.

Advertisement

cawangan pejabat KWSP

Berdasarkan laporan polis yang dibuat, mangsa telah menggunakan kesemua wangnya dalam Wang Simpanan Pekerja (KWSP) malah turut meminjam raturan ribu ringgit daripada rakannya untuk menyertai pelaburan berkenaan selepas ternampak iklan pelaburan di Facebook pada 27 September tahun lalu.

Rakannya ini langsung tidak mengetahui mangsa terperdaya pelaburan tak wujud kerana mangsa menyatakan wang tersebut ingin digunakan untuk membuat sumbangan kepada rakan lain.

Kata polis, mangsa terpedaya apabila dijanjikan oleh sindiket pulangan sebanyak RM1.5 juta dalam masa yang singkat sekiranya dia melabur sebanyak RM250,000.

scammer in action

Menurut Hoo, mangsa mula memindahkan sebanyak RM4,220 ke dalam sebuah akaun pada 5 Okt, kemudian melakukan 24 lagi transaksi secara berperingkat sehingga 7 Jan lepas ke dalam lima akaun bank berbeza.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

3 weeks ago

Wanita Ini Berjaya Dapatkan Semula Duitnya Daripada ‘Scammer’ Selepas Ditipu Menerusi Instagram, Ini Caranya...

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : FMT

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...