Aktor Azhar Sulaiman baru-baru ini mendapat perhatian warganet selepas dia mengkritik strategi ketua kumpulan Hamas menghadapi konflik bersama Israel.
Malah, pelakon Sharnaaz Ahmad turut menegur kata-kata Azhar Sulaiman dan berlaku ‘perbalahan’ mulut di antara mereka berdua.
Namun, nampaknya isu ini masih belum betul-betul reda dan Azhar sendiri telah memuat naik hantaran di Instagram mempamerkan kandungan buku tentang ketenteraan yang dibacanya.
Difahamkan, buku itu menerangkan tentang semua aspek membabitkan ketenteraan ketika peperangan berdasarkan kepimpinan Rasulullah SAW.
Menurut Azhar yang juga seorang arkitek itu, kata-katanya sebelum ini dikeluarkan berdasarkan ilmu yang diperoleh daripada membaca buku ini.
Kalau cara saya berfikir salah sebab telah guna ilmu daripada buku ini, makanya baik bakar je buku ni.
View this post on Instagram
Bagaimanapun, hantaran itu mengundang kritikan dan pertikaian ramai warganet yang membidas kata-kata Azhar serta ada yang berpendapat dia sepatutnya berdiam sahaja.
Malah, ada juga individu yang mengaitkan tentang anak gadisnya, Kasih Iris Leona yang sering menimbulkan kontroversi sebelum ini.
Habis Leona tak cukup kain tu? Tak baca Al Quran ke? Tak pun Al Quran yang salah?