Pasti anda semua sedia maklum mengenai banjir teruk yang melanda beberapa daerah di negeri Pahang.
Menerusi sebuah muat naik di Facebook oleh Syed Muhammad, ternyata perubahan landskap yang begitu ketara antara penyebab utama banjir berlaku.
Allah dah jadikan bukit tu bersebab, hutan tu bersebab. Tarah punya tarah yg parah rakyat
Ini komen seorang netizen yang berpendapat bahawa, ini semua angkara manusia dan bukanlah bencana alam semata-mata.
Cantik bentuk petak je…kalau tak manusia buat sape buat?
Biar gambar berbicara, jangan sesekali kita salahkan Tuhan. Angkara kita musnahkan hutan
Tambah mereka lagi, dengan ketiadaan tempat tadahan juga antara penyebab utama banjir berlaku.
Untuk makluman anda ini juga dikenali sebagai deforestation dimana apabila pembalakan berlaku secara berleluasa, ia akan menyebabkan banjir akibat ketiadaan pokok-pokok dan juga tanah untuk menyerap segala air akibat hujan yang berterusan.