Sebelum ini, ibu kepada pengarah terkenal Syamsul Yusof, Datin Patimah ada mengeluarkan kenyataan bahawa menantunya, Ira Kazar sebagai seorang isteri yang ‘tidak berdaftar’.
Terbaru, isteri kepada pengarah Datuk Yusof Haslam itu ada mendoakan agar anak-anaknya tidak menjadi mangsa fitnah.
Lindungi anak-anak kami daripada fitnah dunia. Semoga dikuatkan iman untuk menghadapi ujian hidup ini, amin.
Dalam hantaran lain, Datin Patimah turut memuat naik foto memaparkan dia dan dua cucunya iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah.
Terdahulu, muncul spekulasi yang mendakwa menantunya telah diceraikan Syamsul menerusi Whatsapp.
Namun, Datin Patimah memaklumkan dia tidak tahu menahu mengenai perkara itu manakala bapa Ira, Kazar Saisi juga memberitahu perkara yang sama.
Syamsul dan Ira sebelum ini telah mendirikan rumah tangga secara rahsia pada 5 Januari lalu di Thailand.
Berikutan itu, rumah tangga yang dibina Syamsul dan pelakon Puteri Sarah akhirnya terlerai setelah kehadiran orang ketiga bernama Ira Kazar itu.
Kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.