January 31st, 2020

Kemunculan One Nation Emcees di pentas Gegar Vaganza 2019 tidak dinafikan memukau ramai. Mereka sering memberikan persembahan terbaik dengan penuh bertenaga. Ramai yang berharap mereka dapat mengekalkan momentum sebegitu dan terus sukses selepas pertandingan tersebut.

mimi fly tinggalkan one nation emcees

Namun, agak mengejutkan apabila setelah bertahun-tahun bersama, salah seorang anggota kumpulan tersebut iaitu Sabhi Saddi memaklumkan bahawa Mimi Fly sudah membawa haluan sendiri dan akan meneruskan karier solonya. Keputusan itu dibuat dua minggu selepas tamatnya program GV2019.

Mimi sudah tak bersama kami. Daripada apa yang saya tahu, dia ingin meneruskan karier solonya dan pihak pengurusannya juga sudah ada perancangan untuknya.

mimi fly tinggalkan one nation emcees

Kami tak halang mahu pun menyingkirkannya. Kami hormat dengan keputusan Mimi dan kami sentiasa mendoakan agar kerjaya seninya berlangsung dengan baik selepas ini.

Meskipun agak sukar tanpa Mimi, Sabhi berkata dia dan dua rakannya tidak mahu usaha mereka untuk kembali menempatkan nama di dalam industri muzik umpama satu usaha yang sia-sia.

mimi fly tinggalkan one nation emcees

Mungkin sedikit sukar untuk kami bertiga bergerak tanpa Mimi kerana peminat dan penyokong kami semuanya sudah biasa dengan kewujudan empat anggota dalam ONE.

Lagipun, saya tak mahu usaha kami selama ini untuk membuat kemunculan semula dan menempatkan nama kami dalam industri muzik seperti sia-sia. Tak semua orang dapat peluang untuk beraksi di pentas GV dan rasanya ia adalah satu platform terbaik.

Sejujurnya kalau Mimi bersama One Nation Emcees, kerjayanya nampak lebih berkembang dan menyinar. Apa-apa pun, kami mendoakan yang terbaik buatnya dan siapa tahu satu hari nanti dia akan kembali bersama kumpulan tersebut.

Sumber Berita : Harian Metro

Tinggalkan Komen Anda Di Sini