Habib Jewels Sumbang RM100,000 Kepada Zoo Negara, Bantu Kelangsungan Haiwan

Trending

Habib Jewels Sumbang RM100,000 Kepada Zoo Negara, Bantu Kelangsungan Haiwan

Baru-baru ini, Habib Jewels telah menyerahkan sumbangan RM100,000 kepada Zoo Negara dalam usaha membantu kelangsungan haiwan di situ.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan Habib, Datuk Seri Meer Habib berkata, sumbangan itu adalah hasil daripada penjualan kepingan emas 999 edisi terhad bermotifkan enam haiwan ikonik Zoo Negara bernilai RM118 sekeping. Wow..

Advertisement

Katanya, setakat ini lebih daripada 7,000 kepingan emas 999 itu sudah berjaya terjual dan sebahagian hasil daripada pembelian itu akan disumbangkan kepada Zoo Negara sebagai satu daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) Habib Jewels.

“Malah, lebih unik lagi pembelian kepingan emas mendorong lebih ramai orang menjadikan ia hadiah berbanding pemberian wang tunai”

“Pendedahan ini secara tidak langsung mendidik generasi muda mengenai emas dan nilainya selain memupuk kasih sayang kepada haiwan yang semakin terancam,” katanya ketika majlis penyerahan sumbangan berkenaan, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Eksekutif Kumpulan Habib, Datin Seri Zarida Noordin, Timbalan Presiden Zoo Negara, Rosly@Rahmat Ahmat Lana dan Miss Universe Malaysia 2021, Francisca Luhong.

Katanya, sepanjang pandemik ini juga, harga emas di pasaran agak tidak stabil dan orang ramai mula memberi perhatian dan menjadikan ia pilihan sebagai pelaburan masa kini.

“Orang ramai mula menjadikan koleksi edisi terhad ini sebagai bentuk simpanan dan peningkatan ini dilihat meningkat sebanyak dua kali ganda”

Sementara itu, Rosly berkata, pihaknya bersyukur dengan bantuan RM100,000 Habib Jewels terhadap Zoo Negara memandangkan ketika ini tiada sebarang kutipan dapat dilakukan menerusi kedatangan pengunjung.

“Bantuan ini secara tidak langsung juga dapat membantu untuk merawat haiwan yang kurang sihat juga selain dari segi lain”

Ujarnya lagi, mereka masih memerlukan bantuan dana daripada syarikat korporat dan sebagainya kerana sumbangan dana yang ada hanya mampu dapat menampung sehingga Mei ini.

Harapnya nasib haiwan-haiwan di sana terbela dan lebih ramai lagi yang sudi menghulurkan sumbangan..

BACA : Zoo Negara Terdesak, Perlukan Dana Kewangan Sekarang

Sumber

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...