Pelakon Hafidz Roshdi menerusi beberapa hantaran di Instagram Story dilihat sedang mencari penaja barangan kelengkapan sukan boxing untuk dirinya.
Difahamkan, pelakon itu bakal menyertai satu pertandingan sukan lasak itu pada 15 Julai ini.
View this post on Instagram
Berikutan itu, dia kini mencari mana-mana individu yang berminat untuk menajanya beberapa alatan seperti Groin Guard Male (pelindung kemaluan) dan Mouth Guard (pelindung mulut).
Dia dalam pada itu sempat memberi amaran untuk menyekat mana-mana individu yang tidak serius dan golongan gay yang sekadar mengganggu dirinya.
Siapa boleh sponsor groin guard ini sila DM, yang pelik-pelik dan gay akan diblock. Siapa boleh sponsor mouth guard saya untuk lawan 15 Julai ini.
Terdahulu, Hafidz mula bergiar aktif dalam sukan boxing sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan pernah menyertai beberapa pertandingan sebelum ini.