GX4 – Gabungan Shades, Kool, Nico Dan A To Z

Hiburan

GX4 – Gabungan Shades, Kool, Nico Dan A To Z

Siapa-siapa yang sebaya dengan Abang Nara pastinya mengenali kumpulan Shades, Kool, Nico dan A To Z. Zaman 90-an dulu memang lagu 4 kumpulan inilah yang selalu menjadi siulan Abang Nara, lagi-lagi kumpulan Nico yang femes dengan lagu rap “Aku Nico nak cerita, cerita tentang pemuda di kota“. Catchy gila lagu tue.

gx4

Advertisement

Dan akhirnya 4 kumpulan ini telah bergabung membentuk sebuah kumpulan baru yang diberi nama GX4 (Generasi X-4). Nama GX4 dipilih atas sebab kesemua 4 ahli kumpulan ini lahir pada tahun 60-an dan 70-an dan bayi yang dilahirkan pada ketika itu dikenali dengan generasi X (Abang Nara generasi Y). So generasi X + 4 kumpulan maka terciptalah GX4. Cool kan?

Untuk pengetahuan, lagu kumpulan GX4 bukan hanya 1 genre sahaja. Boleh dikatakan semua genre ada berdasarkan genre asal setiap kumpulan ketika awal kemunculan dahulu ( R&B Pop (SHADES), Dance Pop (Kool), KL Gangsta Rap (Nico) dan Ethnic Pop Fusion (AtoZ) ). Ini yang membuatkan Abang Nara tak sabar nak dengar lagu-lagu daripada kumpulan GX4 ini.

Apa pun, Abang Nara ucapkan all the best dan good luck kepada kumpulan GX4. Orang kata makin tua makin berisi. So pastikan isi-isi lagu anda semua mantap-mantap dan sedap-sedap untuk didengar.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...