(GV2)Faradhiya Tempat Teratas, Acong Sweetchild Dapat Imuniti

Hiburan

(GV2)Faradhiya Tempat Teratas, Acong Sweetchild Dapat Imuniti

Minggu ketujuh Gegar Vaganza 2 (GV2) akhirnya telah berlangsung semalam. Minggu ini persembahan para peserta tidak berada di tahap tertinggi kerana kebanyakan peserta mengalami sakit tekak. Antaranya Faradhiya dan juga Acong Sweetchild. Kalau sebelum ini untuk 2 minggu berturut-turut tempat pertama diungguli oleh Siti Nordiana, kali ini tiba giliran Faradhiya pula mendapat tempat teratas. Faradhiya telah membawakan lagu Enter Sandman nyanyian Metalicca.

gegar vaganza

Advertisement

Di tempat kedua pula ialah Nassier Wahab manakala di tempat ketiga ialah Siti Nordiana. Haiza pula mendapat tempat keempat. Antara Azian dan juga Acong, akhirnya Acong terpaksa melupakan hasratnya untuk bertanding di peringkat separuh akhir minggu hadapan kerana mendapat tempat terakhir. Namun langkah Acong berjaya diteruskan apabila Dato’ Seri Vida menggunakan kuasa imuniti miliknya untuk menyelamatkan Acong. Ini bermakna Acong akan turut sama berentap pada minggu hadapan.

gegar vaganza

Berdasarkan pemerhatian Abang Nara, yang layak ke final ialah Faradhiya, Nassier Wahab, Ezad Lazim, Siti Nordiana dan juga Haiza. Kelima-lima peserta ini mempunyai aura yang tersendiri. Memang sengit. Fuh!! Tak sabar nak tengok separuh akhir Ahad ini. Sama-sama kita nantikan. Apa pendapat anda? Adakah wajar Acong diberikan imuniti?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...