Baru-baru ini tular di laman sosial video pendek mengenai ibu yang memarahi guru yang merotan anaknya. Di dalam video terbabit, wanita tersebut menunjukkan kesan berbirat akibat dirotan cikgunya.
Video yang tular ini telah mendapat perhatian ramai netizen yang melemparkan pendapat mereka tersendiri. Kejadian berlaku apabila pelajar perempuan terbabit telah memanggil gurunya dengan gelaran “pondan” dihadapan pelajar lain.
Guru yang berang dengan pelajar itu telah bertindak merotan pelajar itu sehingga meninggalkan kesan.
Di dalam video terbabit, ibu pelajar perempuan itu mempersoalkan tindakan guru tersebut yang merotan anaknya. Wanita itu mendakwa tidak wajar tindakan guru itu hanya kerana anaknya memanggilnya “pondan”.

Kredit: rencahrasa

Kredit: rencahrasa
Kejadian ini turut mendapat reaksi dari Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching yang memaklumkan tidak seharusnya seorang guru merotan pelajar atas tujuan displin.
Guru tidak sepatutnya merotan pelajar perempuan manakala untuk pelajar lelaki hanya boleh merotan dengan ringan sahaja itu pun di tapak tangan dan bahagian punggung yang berlapik sahaja di dalam pantauan guru besar.
Dikhabarkan kes ini kini telah menjadi siasatan pihak polis susulan laporan yang dibuat oleh ibu pelajar terbabit. Disebalik kekecohan ini, netizen turut memberikan pandangan mereka tentang kes ini.

Jadi apa komen anda?
Sumber: Astro Awani