Seorang guru wanita yang tular semalam telah memberi keterangan kepada pihak polis berhubung dengan tindakannya mencampak murid di sebuah tadika di Klang, Selangor.
Menurut Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib selaku Ketua Polis Daerah Shah Alam berkata, keterangan telah dilakukan oleh wanita berusia 22 tahun itu semalam bagi melengkapkan siasatan selepas laporan dibuat oleh ibu kepada kanak-kanak tersebut, lapor akhbar Kosmo.
“Siasatan mendapati wanita itu merupakan guru tetap dan bukan guru praktikal”
“Dia telah dibebaskan dengan jaminan polis semalam”,tambahnya.
Semalam, tular satu video berdurasi 10 saat yang memaparkan seorang guru wanita bertindak mencampak seorang murid di sebuah tadika.
Hal itu membuatkan warganet tidak berpuas hati atas tindakan guru berkenaan yang sewenang-wenangnya terhadap murid berkenaan.