Guru Taska Kantoi Tampar Anak, Bapa Muncul Balas Balik Belasah Guru

Kehidupan

Guru Taska Kantoi Tampar Anak, Bapa Muncul Balas Balik Belasah Guru

Dah namanya guru, memang perlukan kesabaran yang tinggi untuk mendidik. Tapi kalau dah sampai naik tangan, ibu bapa mana yang tak marah? Lagi-lagi kalau kanak-kanak yang masih lagi kecil nak belajar dan tak tahu apa-apa.

Macam video yang tular di media sosial ini, guru taska ini kantoi menampar seorang pelajar mereka. Tak tahu lah sebab apa, tapi walau apa sebabnya tindakan itu memang tak patut.

Advertisement

Anak takut nak ke sekolah

Semuanya terbongkar apabila, bapa ini perasan anaknya akan berasa gelisah setiap kali mahu ke sekolah. Disebabkan perasaan ingin tahu, dia mengawasi anaknya secara diam-diam tanpa pengetahuan sesiapa.

Rupa-rupanya anaknya terlalu takut kerana dipukul gurunya di sekolah! Semasa guru itu ingin memakaikan apron padanya, mungkin kerana dia tak mendengar kata terus ditampar berkali-kali oleh gurunya.

Bapanya muncul sebagai hero selepas melihat anaknya ditampar guru terbabit. Ibu bapa mana yang tak marah kalau ada orang sesuka hati pukul anak kita kan? Disebabkan terlalu geram, bapa itu memukul semula guru itu sebagai balasan.

“Macam mana kalau bapak dia tak ada kat situ? Entah-entah lagi teruk dia kena.”

“Yang sedihnya, jadi depan budak-budak lain pulak tu.”

“Aku pun akan buat benda yang sama.”

Memang tak patut langsung guru tu buat macam tu. Biasalah, nak jaga budak-budak memang kena ada kesabaran yang tinggi. Kalau rasa tak boleh nak sabar, janganlah sampai gunakan kekerasan macam ini.

Baru-baru ini kecoh apabila seorang mangsa buli bertindak melawan semula pembulinya. Untuk tahu lebih lanjut, klik pautan di bawah.

Artikel berkaitan: (Video) Pelajar Bangkit Melawan Pembuli, Netizen Puji Tindakan Adik Ini

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...