Guru Tampar Murid Darjah Satu Sehingga Berdarah & Lebam Di Bahagian Bibir

Trending

Guru Tampar Murid Darjah Satu Sehingga Berdarah & Lebam Di Bahagian Bibir

Selain mendidik, guru juga boleh dikatakan ibubapa kepada murid-murid mereka apabila berada di sekolah. Sekiranya murid-murid degil atau melakukan perkara yang terlarang, guru boleh ambil tindakan tetapi janganlah berlebihan.

Tapi lain pula jadinya apabila seorang murid lelaki tahun satu mengalami kecederaan di bibir sehingga berdarah apabila ditampar seorang guru di sebuah sekolah di Kulai, Johor isnin lepas. Kenapa sampai macam tu sekali dan apa yang budak tu dah buat?

Advertisement

Menurut kedua ibubapa murid tersebut, guru itu beri alasan bahawa anak mereka menangis tak henti-henti. Disebabkan hilang sabar, dia terus tampar.

Bila saya ambil dia balik dari sekolah dan dia buka pelitup muka, saya nampak ada darah dan mulutnya bengkak. Bila diperiksa ada lebam darah beku dalam mulut dengan pipi bengkak sebelah.

Petang itu saya membawanya ke klinik untuk mendapatkan ubat bagi kebaskan mulut yang bengkak agar dia boleh makan seperti biasa.

Menurut laporan Kosmo Online, guru tersebut mengaku telah menampar murid itu apabila bersemuka dengan kedua ibubapa mangsa pada keesokan harinya.

Saya juga berasa kecewa dengan jawapan diberikan guru besar sekolah berkenaan yang hanya berkata ‘benda dah jadi’.

Bagi saya, guru besar sebagai seorang pemimpin perlu lebih profesional dengan memberi janji bahawa perkara seperti itu tidak akan berulang.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...