Guru Tampar Murid 8 Tahun, Polis Sedang Jalankan Siasatan.

Trending

Guru Tampar Murid 8 Tahun, Polis Sedang Jalankan Siasatan.

Selepas tular rakaman cctv kes guru tadika menampar seorang muridnya, lagi sekali kita di gemparkan dengan kes yang sama tetapi kali ini melibatkan seorang guru sekolah rendah.

Guru itu didakwa telah menampar anak muridnya sehingga leher kanak-kanak itu senget. Dakwaan dibuat oleh ibu saudara mangsa melalui status yang dimuat naik di akaun facebook milik Diyaa Kaif.

Advertisement

Dalam status itu dia telah memberitahu yang anak buah dan beberapa kawannya telah ditampar oleh guru tersebut dan tamparan itu digelar ‘penampar roti canai’. Kanak-kanak itu sekarang ditahan dan dirawat di Hospital Kajang.

Untuk membidas dakwaan tersebut, guru berkenaan telah membuat laporan polis untuk mempertahankan dirinya. Mengikut laporan yang dikeluarkan oleh portal pendidikan2u.my, guru itu, Jan Raafi, tidak menampar murid tersebut dan kesan ‘lebam’ itu sebenarnya kerana nila dan cuka yang disapu oleh nenek muridnya kerana disangka beguk.

Tapi selepas itu satu lagi status dimuat naik oleh pengguna facebook bernama Suhayla Zain menafikan yang lebam tersebut ialah beguk dan ia memang sebenarnya kesan lebam sebenar akibat tamparan yang dilakukan oleh guru ‘sado’ itu.

Pihak polis juga telah mengeluarkan kenyataan di facbook rasmi Polis Diraja Malaysia berkenaan kes ini dan mereka akan menjalankan siasatan selanjutnya berkaitan kes ini.

Jadi sebagai netizen, anda tidak sepatutnya terus membuat spekulasi dan biarkan sahaja polis melakukan siasatan serta mengambil tindakan seterusnya kepada mana-mana pihak yang berkenaan.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...