Guru SJKC Dedahkan Tiada Unsur Diragui Tentang Penggunaan Tulisan Jawi Di Dalam Buku Bahasa Melayu

Kehidupan

Guru SJKC Dedahkan Tiada Unsur Diragui Tentang Penggunaan Tulisan Jawi Di Dalam Buku Bahasa Melayu

Sebelum ini, keputusan Kementerian Pendidikan Malaysia mengusulkan penggunaan tulisan jawi di dalam subjek Bahasa Melayu Tahun 4 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan SJK Tamil (SJKT) ditolak ramai pihak. Sebanyak 12 pertubuhan menolak usul tersebut.

Seorang guru Bahasa Melayu yang sudah 24 tahun mengajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina ini mendedahkan tidak ada apa-apa unsur yang perlu dibimbangkan oleh ibu bapa. Beliau turut berkongsikan pandangannya tentang isu ini.

Advertisement

Tiga halaman sahaja

tulisan jawi

Bantahan terhadap tulisan jawi ini agak sukar diterima oleh akal fikiran yang waras. Apabila meneliti buku teks ini, saya dapati tulisan jawi yang menyebabkan pertikaian ini tidak memenuhi 3 muka surat penuh, hanya terdapat beberapa perkataan sahaja.
Tidak ada unsur- unsur yang menjejaskan jati diri sesuatu kaum dan agenda menyebarkan sesuatu agama dalam buku ini. Tidak ada.

Muka surat yang terlibat hanya pada halaman 49,105 dan 156 sahaja. Halaman tersebut hanya menerangkan maksud tulisan jawi yang terdapat pada Jata Negara, setem dan wang kertas yang digunakan oleh seluruh rakyat Malaysia.

tulisan jawi

Saya mendapati semua tema dalam buku teks ini sesuai dan tidak ada unsur-unsur yang perlu diragui. Langkah untuk memperkenalkan tulisan jawi yang terdapat pada 3 lambang tersebut sepatutnya disokong dan bukan ditentang. Ini supaya murid-murid warganegara Malaysia faham maksud tulisan jawi tersebut.

Jika ingin menentang tulisan jawi buatlah bantahan secara menyeluruh iaitu bantahan untuk tidak menggunakan tulisan jawi pada logo HALAL dan pembungkusan produk makanan dan sebagainya. Ini juga sepatutnya yang perlu dilakukan kerana konteksnya sama dengan tulisan jawi pada 3 halaman buku teks itu.

tulisan jawi

“Mengapa tidak dibuat bantahan terhadap penggunaan logo HALAL bertulisan jawi ini?”

Jawapannya kerana logo HALAL bertulisan jawi memberi keyakinan kepada umat Islam untuk membeli sesuatu produk. Anda akan berjuang untuk mendapatkan logo HALAL itu demi kelangsungan bisnes. Tanpa logo HALAL, umat Islam tidak akan menyokong produk buatan anda.

Pendidikan adalah untuk melahirkan anak-anak yang mendukung semangat perpaduan. Adalah sesuatu yang mendukacitakan apabila isu seperti ini menjejaskan keharmonian rakyat dan mengganggu tugas-tugas guru di sekolah dengan pelbagai isu.

tulisan jawi

Sekolah vernakular ini mendapat tempat yang begitu istimewa dalam sistem pendidikan negara. Saya tegaskan begitu kerana tidak ada sebuah pun negara di dunia ini yang mempunyai pendidikan pelbagai aliran mengikut kaum seperti di Malaysia. Negara-negara jiran seperti Singapura, Thailand dan Indonesia telah awal-awal lagi menolak sistem ini.

Sebagai rakyat Malaysia, kita sepatutnya mendukung Dasar Pendidikan Negara. Bukannya hanya berjuang untuk kepentingan kaum sendiri sahaja. Semua kita memang ada sikap mementingkan kaum sendiri termasuk diri saya, cuma yang membezakannya adakah prinsip kita “setebal atau senipis kulit bawang”?

Baru-baru ini, pasukan bola sepak Juventus telah mengeluarkan jersi dalam tulisan jawi sempena perlawanan di Arab Saudi. Untuk baca artikel penuh, klik pautan di bawah.

Artikel berkaitan: Juventus Keluarkan Jersi Edisi Tulisan Jawi, Netizen Persoalkan Penggunaan Nombor Ikut Bahasa Inggeris

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...