Bagi mereka yang pernah tinggal di asrama ketika zaman persekolahan mesti familiar dengan kisah guru atau warden periksa tuala wanita pelajar perempuan yang haid.
Seakan budaya yang sudah lama menjadi ikutan, spot check ini dilakukan kerana mahu memastikan pelajar perempuan tidak memberi alasan datang bulan untuk tidak solat atau melakukan apa-apa aktiviti.
Baru-baru ini seorang individu mendedahkan dia telah membuat keputusan dan mengambil tindakan terhadap seorang guru di Kelantan disebabkan rasa marah berkaitan isu spot check tuala wanita.
Aku hantar sispaa sebab seorang cikgu dekat Kelantan ni suka check pad budak. Dia takut budak tu mengelak nak solat.
Perkongsian itu mendapat perhatian dan turut dibincangkan di Threads di mana ramai wanita menggesa agar para guru atau ustazah menghentikan budaya memeriksa tuala wanita.
Kata seorang individu, memeriksa tuala wanita itu hanya wajar dilakukan oleh pegawai perubatan atau medik bagi tujuan perubatan sahaja.
Tugas ustazah untuk bagi kesedaran betapa pentingkan solat je tak perlu sampai check period orang. Ada banyak lagi cara nak bagi kesedaran kepentingan solat dan check period bukan salah satu daripadanya.
Hantaran itu mendapat pelbagai respon di platform tersebut di mana sesetengah individu turut berkongsi pengalaman diperiksa ketika datang bulan.
Ramai netizen lain pula seakan tidak percaya budaya periksa tuala wanita masih dilakukan pada tahun 2025 ini malah ramai cadangkan agar guru yang berbuat sedemikian dilaporkan terus kepada SISPAA.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.