Guru Sambilan Terlibat Kes Pukul Pelajar Sekolah Menengah, Diberhentikan Serta Merta

Trending

Guru Sambilan Terlibat Kes Pukul Pelajar Sekolah Menengah, Diberhentikan Serta Merta

guru

Guru sambilan yang didakwa terlibat dalam kes memukul seorang pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah menengah di Baling pada Isnin lalu sehingga patah tulang tangan, telah dihentikan perkhidmatannya berkuat kuasa serta merta.

Advertisement

Menurut portal FMT, Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P Kamalanathan berkata, bagaimanapun Kementerian Pendidikan masih menunggu laporan siasatan daripada pihak polis memandangkan laporan polis telah dibuat berhubung kes terbabit.

“Guru itu telah dihentikan perkhidmatan serta merta, guru itu guru sambilan, memandangkan satu laporan polis telah dibuat, kita akan menunggu (hasil siasatan) laporan polis.

“Saya kecewa juga. Saya telah mengatakan perkara ini beberapa kali, mendisiplinkan anak satu perkara, dan mencederakan anak satu perkara, ini mencederakan anak, walau apa pun sebabnya, walau apa pun keadaannya, seorang guru harus dapat mengawal emosinya dan itu bukan cara untuk melaksanakan tindakan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Konvensyen Young Academician Leadership (Yale) di Universiti Aimst, Semeling, di sini, malam tadi.

Kamalanathan berkata, beliau sudah berulang kali mengingatkan agar jika golongan pendidik mempunyai masalah dalam mendidik anak muridnya, individu pertama yang perlu dirujuk ialah ibu bapa pelajar terbabit.

“Setiap kali saya katakan, apa-apa masalah dengan anak-anak yang kita didik, perkara pertama, rujuk ibu bapa, maklum kepada ibu bapa sekiranya anak nakal, ada banyak kaedah tetapi itu (pukul) bukan kaedah dan itu tidak harus berlaku sama sekali,” katanya.

Ditanya mengenai kemungkinan memperketatkan lagi peraturan berkaitan pengambilan guru sambilan, Kamalanathan berkata, peraturan sedia ada sudah mencukupi.

“Tetapi bila kita menyalahgunakan peraturan yang ada, maka sebab itulah wujudnya masalah. Kita ada ramai guru sambilan, bukan semua berlaku sedemikian. Kita ada 430,000 guru (termasuk guru sambilan) yang mengajar, bukan semua yang lakukan perkara yang tidak dikehendaki ini,” katanya.

Sementara itu, seramai seramai 196 pelajar daripada 35 institut pengajian tinggi awam dan swasta, mengambil bahagian dalam Konvensyen Yale yang bermula hari ini dan dijadual berakhir pada Ahad depan.

Beliau berkata, program anjuran bersama Pergerakan Putra MIC, Kementerian Pendidikan dan Universiti Aimst itu memberi pendedahan kepada pelajar, khususnya pemimpin-pemimpin pelajar, mengenai aspek pembangunan pendidikan serta hala tuju, pencapaian serta perancangan kaum India di Malaysia pada masa hadapan serta peranan mereka membantu mencapai wawasan itu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...