Guru Rempuh Pelajar Hingga Maut Dibawa Ke Mahkamah Untuk Proses Reman

Berita

Guru Rempuh Pelajar Hingga Maut Dibawa Ke Mahkamah Untuk Proses Reman

Seorang guru wanita yang dipercayai terlibat dalam kemalangan sehingga meragut nyawa seorang pelajar Tingkatan Satu dibawa ke mahkamah pagi ini untuk proses reman.

Wanita berusia 57 tahun itu tiba di Mahkamah Majistret kira-kira jam 8.40 pagi dengan menaiki trak polis sambil memakai pakaian lokap. Difahamkan, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, memetik Berita Harian.

Advertisement

Guru rempuh

Dalam kejadian tengah hari semalam, dua pelajar perempuan dilaporkan dilanggar sebuah kenderaan di hadapan surau Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Mas. Insiden itu mengakibatkan seorang pelajar maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala, manakala seorang lagi mengalami kecederaan serius dan kini menerima rawatan di hospital.

Berita HarianSumber : Berita Harian  

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Azmir Damiri berkata, kejadian yang berlaku kira-kira jam 1.50 tengah hari itu membabitkan seorang pemandu wanita dan dua pelajar sekolah.

“Beliau berkata, siasatan awal mendapati pemandu wanita dipercayai tertekan pedal minyak kenderaan lalu terbabas sebelum melanggar dua pelajar perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Mas.”

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-04-10 11:57:29

Polis Buru Lelaki Lari Penjara Sungai Buloh, Terlibat Kes Gangguan Seksu*l

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...