Guru Positif COVID-19, 600 Murid Terpaksa Jalani Ujian Saringan

COVID-19

Guru Positif COVID-19, 600 Murid Terpaksa Jalani Ujian Saringan

Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Janggus di Pulau Pinang disahkan terpaksa ditutup selama lapan hari selepas salah seorang guru disahkan positif COVID-19.

Menerusi laporan Harian Metro, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPNPP) telah mengarahkan penutupan itu berkuat kuasa semalam.

Advertisement

Guru Positif COVID-19, 600 Murid Jalani Ujian Saringan

Menurut Abdul Rashid Abdul Samad selaku Pengarah JPNPP, langkah penutupan itu diambil bagi membendung penularan wabak COVID-19 dari terus berleluasa di kawasan tersebut.

“Setakat ini, sekolah itu akan ditutup selama lapan hari dan sebarang keputusan lain akan dibuat selepas kami bermesyuarat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Buat masa ini, kami belum mendapat laporan lengkap dari SK Permatang Janggus, namun dimaklumkan semua murid di situ perlu menjalani ujian saringan Covid-19, hari ini,” katanya.

Seperti sudah dijangka, ibu bapa juga dilihat cemas  ketika menunggu anak mereka menjalani ujian saringan tersebut.

Guru Positif COVID-19, 600 Murid Jalani Ujian Saringan

Difahamkan seorang guru wanita berusia 40-an disahkan dijangkiti wabak berkenaan selepas dilaporkan tidak sihat ketika di sekolah sebelum bertindak mendapatkan rawatan di hospital di Kedah.

Malah, guru wanita itu juga merupakan isteri kepada seorang ahli politik di Kedah yang dikatakan ke Sabah untuk berkempen ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) itu, baru-baru ini.

Lebih kurang 600 murid di sekolah tersebut diarahkan kuarantin di rumah sementara menunggu keputusan ujian saringan masing-masing. Setakat ini, jumlah kumulatif kes Covid-19 di Pulau Pinang ialah 144 kes.

Sumber: Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...