Guru Paling Cantik Di China Didakwa Curi Duit Murid Susah?

Dunia

Guru Paling Cantik Di China Didakwa Curi Duit Murid Susah?

Sebelum ini pihak media dari China ada menggelar seorang guru di sana sebagai guru paling cantik di China. Guru itu dikenali sebagai Gina Long Jingjing, 28 tahun dan menerima pujian ramai selepas giat membantu anak-anak di sekolah luar bandar.

Baca: Tumbuk Anggota Polis Dan Rempuh SJR, Bekas Ratu Cantik Ditahan Reman

Advertisement

Gina yang mendapat sarjana dalam kerja sosial di Universiti Columbia, New York itu bagaimanapun tiba-tiba dituduh penipu selepas mengwujudkan tabung derma daripada orang ramai tanpa kebenaran.

Tak sedar langgar undang-undang?

Perkara in didedahkan seorang lelaki yang membuat laporan kepada Biro Hal Ehwal Sivil Changsha bahawa guru cantik itu membuat tabung derma tanpa lesen.

Gina turut mengakui dia telah melanggar undang-undang dengan menerbitkan kod QR dalam talian untuk sumbangan. Dia bagaimanapun tidak mengaku bersalah dengan alasan tidak menyedari tindakan mengumpul derma melanggar undang-undang.

“Mengubah dunia komitmen serius. Sepanjang dekad yang lalu, saya sudah membantu 1,500 orang, mengumpulkan derma bernilai 1.93 juta yuan (kira-kira RM 1.25 juta) dan menganjurkan 112,025 kelas untuk kanak-kanak.” – Kata Gina.

Gina juga menegaskaa sumbangan itu ditubuhkan semata-mata ingin menyokong pendidikan luar bandar China dan tidak berniat untuk menggunakannya untuk kegunaan peribadi seperti didakwa. Pihak berkuasa China sedang giat melakukan penyiasatan buat masa ini.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...