“Guru Memihak Kepada Geng 7 Orang, Halang Buat Laporan Polis” – Berlaku Di Sekolah Arwah Zara, Wanita Dedah Anak Juga Dibuli Hingga Cedera

Kehidupan

“Guru Memihak Kepada Geng 7 Orang, Halang Buat Laporan Polis” – Berlaku Di Sekolah Arwah Zara, Wanita Dedah Anak Juga Dibuli Hingga Cedera

Baru-baru ini, di platform Threads, tular satu hantaran memaparkan tangkap layar pendedahan seorang wanita mengenai kisah anaknya dibuli di sekolah asrama yang sama Allahyarham Zara Qairina menuntut.

Kejadian membuli lain terjadi di sekolah asrama Zara

Dalam pendedahan wanita itu, dia berkata anaknya dibuli oleh tujuh orang pelajar tingkatan empat hingga cedera di bahagian mata.

Advertisement

Sebagai seorang ibu, sudah pasti dia tidak akan mendiamkan diri dan berjumpa dengan guru sekolah berkenaan untuk memaklumkan kelakuan pembuli-pembuli itu.

anak dibuli sama seperti zara

Tetapi malangnya, guru berkenaan menyebelahi tujuh orang pelajar itu kerana kenyataan mereka lebih banyak jika hendak dibandingkan dengan anaknya.

Guru halang ibu buat laporan polis

Macam lagi percaya cerita yang tujuh orang tu, ramai kan. Anak saya satu orang.

Tidak berpuas hati dan mahukan keadilan, wanita terbabit berkata mahu membuat laporan polis tetapi guru tersebut menghalangnya dan meminta untuk berbincang dengan cara yang baik.

anak dibuli di sekolah asrama zara

Saya cakap bergantung pada laporan doktor, kalau ada cedera terjadi kecacatan pada anak saya, saya tetap teruskan buat laporan polis.

“Sistem pentadbiran sekolah itu memang teruk!”

Bagaimanapun, disebabkan proses untuk mendapat laporan rawatan mengambil masa beberapa hari, lebam di mata anaknya sudah pun dan oleh kerana itu, dia tidak jadi membuat laporan polis sebab tiada bukti kecederaan lagi.

Zara Qairina

Jadi ringkas cerita sistem pentadbiran di sekolah memang teruk.

Hantaran tersebut telah menarik perhatian ramai, di mana rata-ratanya bersetuju dengan pendapat wanita itu yang mendakwa sistem pentadbiran sekolah itu sudah rosak.

fadhlina sidek letak jawatan
2025-08-11 10:53:29

"Teruk Sangat Dia Ni, Turunkan Dia!" - Ramai Gesa Fadhlina Sidek Letak Jawatan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...