Guru Lempang Murid Tak Ikut Arahan, Seorang Bapa Lempang Semula Guru Di Kantin Sekolah

Trending

Guru Lempang Murid Tak Ikut Arahan, Seorang Bapa Lempang Semula Guru Di Kantin Sekolah

MH370-Blogger_Kena_Lempang

Ekoran tindakan seorang guru yang melempang seorang murid kerana tidak mengikut arahan, seorang guru dilempang semula oleh bapa murid tersebut di kantin di Sekolah Kebangsaan Ayer Molek di sini dalam kejadian semalam.
Laporan dari Sinar Online menyebut, guru pendidikan jasmani itu turut diugut untuk dicederakan mengguna cota yang dibawa oleh bapa murid darjah lima itu selepas kejadian lempang itu berlaku kira-kira 7.45 pagi.

Advertisement

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melak, Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim, ekoran kejadian, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Kandang jam 9.30 pagi oleh guru tersebut.

Siasatan awal mendapati pengadu melempang murid berkenaan ketika Ujian Segak dan Kecergasan pada Rabu lalu sebelum suspek yang juga seorang pekerja hotel di negeri ini datang bertemu pengadu keesokan pagi (semalam).

Suspek dipercayai tidak berpuas hati dan bertindak melempang pengadu hingga cedera di pipi kanan selain mengugut akan mencederakan pengadu diluar sekolah menggunakan cota yang dibawa bersama ketika itu,” katanya.

Kamaluddin juga turut berkata ketika kejadian, suspek mengeluarkan kata-kata kesat dan mendakwa pengadu sengaja berbuat demikian terhadap anaknya yang sering tidak menyiapkan kerja sekolah.

Suasana tegang itu dileraikan guru-guru yang ketika itu turut berada di kantin.

Polis kemudian bertindak menangkap suspek yang berusia 37 tahun itu di tempat kerjanya kira-kira jam 5 petang semalam bantu siasatan di bawah Seksyen 506/323 Kanun Keseksaan kerana mengugut dan mendatangkan kecederaan,” katanya sebagaimana lapor Sinar Online.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...