Berikutan sekolah masih belum dibuka sepenuhnya untuk dihadiri oleh pelajar, maka pembelajaran atas talian merupakan salah satu inisiatif untuk melaksanakan sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdPR) bersama guru.
Google meet menjadi salah satu platform yang ramai digunakan oleh para guru dan pelajar untuk menjalankan sesi pembelajaran. Tapi kadang-kadang, pelajar akan lebih berpuas hati dan mudah faham sekiranya dapat melihat sendiri guru mereka mengajar.
Seorang guru telah berkongsi di Twitter bagaimana situasi sebenar kelas online menggunakan kaedah yang dilakukannya sendiri.
https://twitter.com/CikguNurHayati/status/1358635389339095040
Boleh tahan sampai 3 gajet untuk buat kelas online. Warganet teruja dengan usaha cikgu ini supaya sesi pembelajaran menjadi lebih menarik dan mudah difahami oleh murid-murid. Siap ada green screen!
Cara cikgu ni memang lain daripada yang lain dan ini juga salah satu cara menarik perhatian pelajar untuk lebih suka join kelas online.
Semoga mereka yang sedang melaksanakan sesi pembelajaran atas talian terutamanya para pendidik sentiasa lancar dan pelajar juga akan mudah faham.