Guru Kepit Telinga Anak Murid Dengan ‘Stapler’ Hanya Kerana Tidak Siapkan Kerja Sekolah

Kehidupan

Guru Kepit Telinga Anak Murid Dengan ‘Stapler’ Hanya Kerana Tidak Siapkan Kerja Sekolah

Setiap guru di sekolah pastinya ada cara mereka tersendiri dalam mendidik pelajar. Dan adakala terpaksa bertegas dalam menangani masalah dengan pelajar. Biasanya hukuman denda seperti rotan pada tapak tangan atau berdiri di luar kelas biasa dikenakan.

Tapi kali ini, hanya kerana tidak siapkan ‘homework‘, pelajar tahun 4 ini dikepit telinganya menggunakan stapler.  Mangsa, Amir Shafuan Bahram yang berusia 10 tahun ini mengalami luka pada telinga kirinya sehingga berdarah.

Advertisement

Guru itu mengepit telinga kirinya hingga dawai kokot (stapler) melekat di bahagian bawah telinga.

pelajar sekolah rendah
Ketika pulang dari sekolah, ibu mangsa mendapati ada tompokan darah pada baju sekolah anaknya itu. Selepas bertanyakan pada guru tersebut, dia memaklumkan mangsa tidak menyiapkan kerja sekolah Matematik yang diberinya.

Ketika kejadian, anak saya menangis kesakitan sebelum guru itu mencabut dawai kokot hingga menyebabkan pendarahan berlaku. 

Menurutnya juga, anaknya tidak menyiapkan kerja sekolah itu kerana tidak tahu dan bukannya sengaja berbuat begitu. Sepatutnya guru itu menjelaskan semula bahagian yang tidak jelas dan bukannya terus menghukum.

Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik, memaklumkan Kementerian Pendidikan kini menunggu laporan lengkap berkenaan kejadian yang berlaku di Likas, Sabah ini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan dengan menggunakan senjata atau lain-lain benda yang berbahaya.

Sumber: Sabah News

Kredit foto: Azhan.co

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...