Guru Kecewa Pelajar Sekarang Selamba Sedut Vape

Trending

Guru Kecewa Pelajar Sekarang Selamba Sedut Vape

Kebelakangan ini tular di media sosial mengenai pelajar dan cikgu. Di mana sekarang cikgu tidak lagi berkuasa ke atas pelajar apabila mereka melakukan kesalahan. Malah, ibu bapa juga tidak dapat memainkan peranan penting dalam bekerjasama.

Terkenang pada masa dahulu, sewaktu berada di bangku sekolah, “guru” adalah insan yang kita semua takuti. Tetapi pada hari ini, kita berjaya menjadi seorang manusia berguna kerana jasa seorang guru. Tanpa guru, siapalah kita?

Advertisement

Tular pelajar perempuan hisap vape di tempat awam

Terkini tular foto seorang pelajar perempuan memakai baju sukan sekolah di tempat awam menghisap vape tanpa rasa segan-silu. Ramai warga sosial terkejut melihat gambar pelajar ini.

Kebanyakkan warga sosial sudah jemu dengan perangai golongan muda yang semakin menjadi-jadi ini, malah guru juga kecewa dengan sikap mereka yang tidak boleh ditegur langsung.

Kini, pelajar sekarang telah terdedah dengan pengambilan vape di sekolah-sekolah dan guru tidak mampu masuk campur kerana pelajar sekarang sudah tidak boleh ditegur.

Orang dewasa edar vape kepada pelajar



Mak ayah tak marah anak-anak hisap vape sekarang

Anak diugut sampai tidak mahu ke sekolah kerana beritahu kawan hisap vape

Sebagai seorang warga sosial yang prihatin dengan keadaan semasa, kita atau pihak atasan perlu bekerjasama atasi masalah sosial pelajar. Pantaulah perlakuan anak-anak kita sekarang. Kepada ibu bapa, ubahlah persepsi anda terhadap anak-anak, jangan terlampau manjakan mereka.

Apa pendapat anda, adakah ibu bapa atau guru perlu disalahkan dalam hal ini?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...