Guru Kafa Tolak Vaksin Dipanggil Untuk Sesi Penerangan

Trending

Guru Kafa Tolak Vaksin Dipanggil Untuk Sesi Penerangan

Seramai 130 orang guru mengajar Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di Selangor yang tidak mahu menerima suntikan vaksin Covid-19 akan dipanggil bagi sesi penerangan kali kedua yang akan berlangsung dalam masa terdekat.

ismail sabri
2 bulan lalu

Kerajaan Belum Wajibkan Suntikan Vaksin Covid-19

Advertisement

Memetik laporan Sinar Harian, Exco Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal Selangor, Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata, antara pihak yang terlibat dalam sesi penerangan itu adalah pakar-pakar kesihatan, agamawan dan mufti.

Jelas beliau lagi, menurut perundangan, guru-guru yang menolak untuk mengambil suntikan vaksin Covid-19 boleh ditamatkan kontrak kerana mereka tidak berstatus penjawat tetap.

“Kita melihat kepada sumbangan dan peranan mereka yang masih diperlukan jadi kita guna pendekatan bagi memberi pendidikan serta kesedaran kepada pihak terlibat.”

Walaubagaimanapun, pihaknya masih memberi peluang kepada guru-guru tersebut dengan memberi kesedaran mengenai vaksinasi Covid-19.

Menurut Mohd Zawawi, sebelum ini terdapat satu kes kematian di Selangor akibat daripada jangkitan wabak Covid-19 melibatkan seorang guru Kafa yang masih belum menerima suntikan vaksin.

Advertisement

Disebabkan itulah, pihaknya menekankan guru-guru Kafa mengambil vaksin untuk mengelakkan risiko lebih bahaya.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...