Guru Ini Buat Kuiz Sejarah Guna Cara Yang Pelik, Namun Akhirnya Pelajar Dapat Pengajaran Amat Berharga

Trending

Guru Ini Buat Kuiz Sejarah Guna Cara Yang Pelik, Namun Akhirnya Pelajar Dapat Pengajaran Amat Berharga

Setiap guru akan ada cara tersendiri untuk mengajar murid-muridnya agar bagi mudah faham apa yang nak disampaikan. Pelbagai gaya pembelajaran digunakan sehinggakan ada yang sanggup mengorbankan wang sendiri membuat ‘prop’ untuk dibawa ke sekolah demi menarik minat muridnya untuk belajar.

Advertisement

Bagi seorang guru sejarah bernama Rysherz Rayn, beliau mempunyai cara terendiri mengajar anak muridnya disamping mempunyai pengajaran dari pembelajarannya yang cukup berguna kepada anak-anak muridnya, sesuai dengan subjek Sejarah yang mengajar kita kenal erti jati diri dan semangat patriotism.

Jom kita baca dan lihat gelagat guru ini mengajar, memang terbaik.

Kelas sejarah saya hari ini mudah. (Tapi nak mengolahnya jadi karangan yang payah). Cerita ini panjang. Kalau nak tahu, baca. Tak nak pun tak apa.

Hari ini saya buat kuiz dengan pelajar tingkatan 1UKM di dataran. Saya tanya soalan2 berkaitan bab yang dipelajari, siapa angkat tangan dulu dia boleh cuba jawab. Kalau jawapan dia tepat, dia boleh langkah satu step ke depan. Tapi kalau jawapan dia salah, dia perlu undur satu step ke belakang.

Lebih banyak soalan yang berjaya dijawab, makin majulah pelajar itu ke depan. Kalau asek salah je, makin mengundur lah dia ke belakang. Atau kalau takut nak ambil risiko sangat, play safe, maka kekallah mereka di garisan yang sama sampai habis masa.

Dan di hari ini, pelajar dapat lebih dari sekadar siapa bendahara Melaka yang terbilang? Atau di tahun bila Portugis mula menyerang?

Hari ini mereka dapat merasa secubit asam garam kehidupan.

*****

“Tak aci lah teacher ni, asek orang yang sama je dapat jawab!”

Well, kalau dah orang yang sama je yang berani sahut peluang, orang yang sama je lah yang akan mendapat keuntungan. Hidup ni macamtu jugak. Peluang depan mata tapi ditengokkan saja, memang tak dapat apa2.

*****

“Kami bukan tak tau jawapan, teacher. Tapi tak sempat nak jawab, orang lain dah jawab dulu.”

Hidup ni memang macamtu. Siapa yang lambat / melembik / lemah gemalai bagai memang susah nak kejar peluang. Semua benda kat zaman ni kena pantas. Kena cepat. Kena segera. Sampul raya kat bank pun habis kalau datang last2 minit! Kita kena alert!

“Tapi mana aci teacher. Saya ni at least try jugak. Aleh2 dok belakang. Lagi belakang dari orang yang tak try. Aduhai.. baik takyah jawab!”

Siapa suruh angkat tangan tapi tak betul2 tahu jawapan? Main bedal je jawab. Padan muka! Macamtu jugak dengan hidup.

Dah nama pun peluang. Mestilah ada risiko. Setiap risiko yang kita ambil tapi gagal, kita akan jatuh lebih teruk dari asal. Kerja kalau semberono, tak study dulu, pakai buat asal siap, memang melingkup. Orang nak bisnes, awak nak bisnes. Orang nak kawin awak nak kawin. Orang bukak butik awak bukak butik. Orang main saham awak pun sibuk main saham. Tapi tak bersedia, tak prepare. Last2 hutang keliling pinggang. Hidup dari senang jadi tak senang.

Ambil peluang yang ada. Gapai. Capai. Do it. But do it wisely!

Ingat, hidup ni memang tak adil. Sebab kadang2 orang pengecut survive lama. Tapi kekal kat level tu je lah sampai bila2.

“Teacher makin ke depan-ke depan, kami yang belakang ni tak boleh nak dengar sangat soalan teacher. Sebab tu orang depan je dapat jawab.”

That’s what I called ‘privilege’. Kelebihan. Makin kita berjaya dalam hidup, makin banyak kelebihan yang kita dapat. Dan dengan kelebihan tu lah, orang kaya, orang pandai, orang femes akan terus kaya, pandai dan femes. Dan yang mundur akan terus mundur sebab makin lama makin luas jarak dia dengan sumber dan peluang yang jauuuuuuhhh nun di depan.

“Teacher, kami tak boleh borak dah sebab dia kat depan sana!” buat muka sedih sambil tunjuk rakan yang berada di depan.

To be honest. berapa banyak dalam hidup ni contoh hubungan yang mula-mula akrab lepastu sepi? Berapa banyak kawan yang dah tak jadi kawan sebab perbezaan status dan ekonomi?

*****
Welcome to a real life gambling, my dear!

RR
Kuala Kurau

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...